fbpx

CP125 : ‘ROAD TO ELITE CLASS’


Jika kategori CP150 boleh dikategorikan kelas elit yang menguji bakat seorang pelumba dalam saingan berprestij tinggi kebangsaan iaitu Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kategori CP125 pula boleh disifatkan sebagai platform menguji spek dan kehandalan sesebuah jentera. Ia juga medan bagi industri permotoran untuk menguji tahap kemampuan setiap penciptaan baharu mereka.

Bagi pelumba pula ia menjadi medan menguji keberanian dan daya tahan mereka untuk menempuh setiap cabaran baru tanpa menghirau apa yang menanti di hadapan mereka.

Ia juga seperti medan ‘ Road To Gold’ untuk menempah slot ke kelas perdana pada Kejuaraan Malaysian Cub prix, CP150, ‘Road To Elita Class’!

Setiap pelumba yang menjejaki dunia permotoran pasti mempunyai keinginan untuk melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi tetapi perjalanan itu tidaklah sebegitu mudah. Kudrat yang tinggi, kehandalan yang berbeza serta tahap kesabaran amat diperlukan bagi seseorang pelumba untuk merealisasikan Impian mereka.

CP125, musim ini tidak ketinggalan dari menyajikan perlumbaan sebanyak sembilan pusingan yang cukup menarik setakat ini dan dengan berbaki satu pusingan di Litar Batu Kawan juara keseluruhan akan ditentukan.

Apa kata mereka yang menakluki kedudukan tiga teratas kelas yang disifatkan kelas menguji keberanian, CP125, Md Khairi Asyraf Mahmood, Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam dan Md Syafiq Rosli.

MD KHAIRI ASYRAF MAHMOOD

“Musim lalu satu musim yang agak malang bagi saya. Tidak dapat beraksi dengan masalah jenteranya dan musim ini adalah satu ‘turn over’ dalam kareer saya sebagai pelumba professional. Saya sangat bersyukur dengan pasukan saya yang bertungkus lumus menyediakan jentera saya dan juga memastikan ianya berada dalam keadaan ‘perfect’ pada setiap pusingan musim ini.

“Permulaannya tidaklah begitu cemerlang tetapi saya dapat perbaiki apa yang perlu pada setiap pusingan dan Alhamdulilah kini saya berada di tangga teratas kelas CP125. Perjalanan sepanjang kareer saya di medan MCP pelbagai ‘up and down’ saya harungi tetapi saya tidak pernah putus asa walaupun sekali.

“Saya rasa ia membuahkan hasil hari ini apabila saya dapat mengekalkan rentak kemenangan dan dapat perbaiki apa yang perlu. Namun pertarungannya masih belum berakhir. Satu lagi pusingan untuk menentukan juara keseluruhan. Insyallah saya akan cuba yang terbaik. Ia juga akan jadi musim yang cukup bermakna jika saya dapat merangkul gelaran juara musim ini. Musim 2023 di MCP sangat bermakna buat setiap pelumba terutamanya yang lama dalam industry.

“Bagi perancangan musim 2024, belum ada apa-apa perkembangan baru. Biar saya habiskan apa yang say amula bagi musim ini, kemudian kami akan bincang dalam pasukan apa yang akan dilakukan bagi musim depan. Sudah pasti sasarannya untuk beralih ke CP150. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat semua pelumba yang akan beraksi pada Finale nanti. Jumpa di Batu Kawan.”

MD SHAFIQ EZZARIQ SAIFUL NIZAM

“Insyallah, masih ada peluang untuk ‘fight’, tetapi bukan mudah sebab Khairi berada selesa di hadapan. Perbezaan mata agak ketara tetapi bukan mustahil. Saya akan cuba yang terbaik untuk pusingan terakhir ini  untuk dapatkan mata semaksimum mungkin.

“Setakat ini saya agak selesa di kelas CP125. Dari CP150 musim lalu, dengan keputusan yang tidak berapa memberangsangkan, dan kini berada di tangga kedua CP125, ia Nampak lebih positif. Apa-apa pun saya percaya saya akan buat yang terbaik dalam apa jua cabaran yang diberi kepada saya, Insyallah.”

MD SYAFIQ ROSLI – DENGARNYA BRO DAPAT TAWARAN CP150!! SSHHH

“Perbincangan masih berjalan bersama pasukan.. ha ha ha… jadi apa-apa perkembangan kita kena tunggu.. tapi saya harapkan  yang terbaik bagi musim depan.

“Walaupun belum lagi ada rezeki untuk meraih gelaran, tetapi saya boleh Nampak peningkatan dari segi mental dan fizikal saya. Berbanding musim lepas banyak juga saya dapat rasa yang dirinya lebih matang mengendali bukan sahaja jentera tetapi juga dari segi peribadi . Mungkin perubahan nafas baru di kelas lain mungkin akan beri impak positif dalam karier saya.

“Jadi, saya harapkan musim yang lebih baik pada tahun 2024.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook