fbpx

TRIO IDEMITSU KOZI YAM HONDA RACING KUASAI UJIAN MASA


Shafiq in action-WiraDalam kategori Wira, tiga pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing berada dalam kelompok lima pelumba terpantas dengan Mohd Shafiq Izzariq mencatat masa terpantas 51.012s.

Saiful Azhary Muhamad dan Md Anuar Ibrahim Pawi mencatat masa keemppat dan kelima terpantas, masing-masing dengan masa terbaik 51.986s dan 52.011s.

Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) mencatat masa kedua terbaik dengan masa 51.170s diikuti Md Afizi Supaat ((Espada William Racing) ketiga, dengan masa 51.569s.

Lima lagi pelumba, Md Amirul Arif Ramlee (PETRONAS Yamaha), Md Azri Haris Abd Fatah (Modenas Racing Team), S. Alif Nazirul S. Ismail, Md Syafieq Aiman (Cardinals Koyoko KC Racing) dan Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Yamaha) melengkapkan 10 pelumba yang akan beraksi dalam sesi kelayakan Shoot Out yang diperkenalkan buat pertama kali pada musim ini bagi kategori Wira.

, ,