fbpx

PENGALAMAN MU’IZZ JADI KELEBIHAN


proam01Menjadikan pengalaman musim lalu sebagai platform dan penyuntik semangat, pelumba Mu’izz Al-Atrash membuktikan dirinya sudah bersedia mengharungi musim baharu ini setelah mencatatkan keputusan terpantas pada sesi ujian masa kategori persendirian.

Kategori persendirian yang dikenali sebagai Piala Pro-Am PETRONAS Sprinta kali ini juga tidak kurang sengitnya apabila menyaksikan Mu’izz mencatatkan masa 53.974 saat walaupun kejuaraan baharu sahaja bermula dengan pusingan pertama diadakan di Litar MAEPS, Serdang, Selangor.

Sementara itu Mohd Zulhilmi Yazid pula meraih masa kedua terpantas dengan catatan 54.040 saat manakala Mohd Zikri Ahmad Zamri ketiga dengan 54.095 saat.

Ketiga-tiga mereka bakal berentap pada Ahad dalam sesi saringan bagi penentuan petak utama sebelum bersaing bagi perlumbaan akhir pada sebelah petang.

Musim lalu di Litar MAEPS menyaksikan juara keseluruhan musim 2015, Azrulaffendi Hadi muncul pemenang tempat pertama dengan catatan 8:36.668 saat bagi perlumbaan yang melibatkan sembilan pusingan.

, ,