fbpx

TENGKU AMIRUL BURU KEMENANGAN


Tengku in actionNaib juara musim 2015, Tengku Amirul Haffirudin mengekalkan rentak cemerlang apabila berjaya memulakan saingan musim 2016 dengan baik asetelah mengungguli kelas CP115 setelah muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 49.661s.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu berkelebihan 0.261s di hadapan Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) yang mencatat 49.922s diikuti juara kategori Wira musim lepas, Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Honda Racing) dengan masa 49.999s.

Melengkapkan senarai lima pelumba terbaik ialah Zaidy Md Zaifaizal (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa 50.051s dan Md Fareez Afeez (Felda PB Racing) dengan masa 50.061s

, ,