fbpx

TRIO IDEMITSU KOZI YAM HONDA KUASAI WIRA


Aksi cemerlang pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing diteruskan pada saingan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan menyaksikan trio mereka Md Shafiq Ezzariq, adik pelumba Moto3 sensasi negara, Khairul Idham Pawi, Md Anuar Ibrahim dan Saiful Azhary Muhamad menguasai sesi ujian masa.

Trio pasukan yang menjadi tapak awal Khairul Idham mengembangkan bakat sehingga ke saingan Grand Prix Dunia mencatatkan masa terpantas 55.335s, 55.732s dan 55.909s.

Pelumba persendirian, Md Afizi Supaat yang memacu jentera Yamaha tampil bertenaga dengan catatan keempat terpantas, 55.921s diikuti Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) dengan masa 55.985s.

Lima pelumba terpantas setiap kumpulan akan beraksi dalam sesi kelayakan Shootout yang mula diperkenalkan untuk kategori Wira bermula pada tahun ini.

, ,