fbpx

SYUKRAN SAMBAR PELUANG KEEMASAN


Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya Rexxo Racing Team di Litar Jasin pada pusingan ketiga, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP125.

Di sesi “Shoot Out” yang berlangsung terlebih dahulu, Md Fareez Afeez dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas pada 51’753s. Ini memberikan beliau kelebihan untuk bertindak lebih awal di permulaan perlumbaan. Di tempat kedua terpantas adalah Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Rexxo Racing Team dengan catatan masa terpantas pada 52’197s dan diikuti oleh Md Khairi Ashraf dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan masa terpantasnya pada 52’291s.

Sejurus bermulanya perlumbaan, Fareez yang mempunyai kelebihan di kedudukan pertama tidak menlengahkan masa apabila beliau memecut ke depan dan mengambil P1. Di belakangnya, Hafiza cuba memintas dan di lap kedua, Hafiza mengambil kedudukan P1 untuk seketika sebelum dirampas kembali oleh Fareez. Menjelang lap ketiga, Arash mengambil kedudukan P3. Persaingan bertambah sengit bagi Hafiza apabila Syukran mencabar beliau lalu mengambil P2 di lap ke-6.

Di kedudukan P1, Fareez sudah jauh meninggalkan kumpulan pelumba di belakangnya. Selama 9 lap, Fareez menguasai Litar Jasin. Malang sekali, di lap ke-12, jentera Fareez mula memberi masalah. Ini membuka peluang kepada Syukran untuk tampil ke P1. Arash mengambil kedudukan P2 diikuti oleh Irfan di P3. Hafiza yang berada di P4 tidak putus asa dan cuba memintas Irfan. Dua lap sebelum tamatnya perlumbaan, Irfan berjaya memintas Arash. Pada lap terakhir, Syukran agak stabil di kedudukan P1 dengan jurang sebanyak 1.3s daripada Irfan tetapi persaingan sengit berterusan di antara Arash, Hafiza dan Khairi. Di selekoh terakhir, Khairi berjaya meningkatkan kelajuan sebelum memecut ke garisan penamat.

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dari pasukan Rexxo Racing Team menyambar kedudukan pertama dengan catatan masa 13’16:448s.

Menurut Syukran, “Ini adalah tempat lahir “boss” saya maka saya telah berusaha lebih untuk mencapai pencapaian ini. Jentera saya untuk pusingan ini memang pada tahap optimum dan saya amat berterima kasih kepada krew dan pasukan.

Tempat kedua adalah milik Md Irfan Haykal Amidi dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa 13’17:079s. Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 13’18:386s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,