Pusingan 7 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor hari ini menyaksikan pelumba HONDA ESTREMO YUZY RACING, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kategori CP150.
Pada sesi latihan bebas 2,pelumba HONDA ESTREMO YUZY RACING, Azroy Hakeem Anuar mengetuai dengan catatan masa terpantas 43:263s. Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Kasma Daniel Kasmayudin menduduki tempat kedua dengan catatan masa terpantas 43:264s diikuti Syazras pada 43:389s.
Kemudian pada sesi kelayakan menyaksikan pelumba yang mengetuai kumpulan bertukar-tukar antara Azroy, Kasma seterusnya Syazras.
Syazras kekal menduduki di kedudukan teratas dalam sesi kelayakan, sementara pelumba lain terus cuba perbaiki cacatan masa dalam setiap pusingan.
Syazras berjaya menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas 43:097s.
Menurut Syazras, “Hari ini, daripada FP1 sehingga FP2 saya ada banyak peningkatan, Dalam masa samaa saya nak tunjukkan sesuatu sempena hari ini Hari Merdeka, saya bangga sebagai rakyat Malaysia. Macam mana mereka berjuang dulu, saya berjuang sekarang untuk mereka. Insyaallah, saya tidak boleh menjamin untuk menaiki podium, titapi saya cuba yang terbaik dan lihat keputusan esok macam mana. CP150 boleh dikatakan semua pelumba berdaya saing tinggi. Saya cuba untuk focus esok, tidak mahu terlalu bangga diri sebab kadang-kadang akan melakukan kesilapan, jadi saya hanya mahu bertenang dan cuba sebaik mungkin esok.”
“Hari ini, dari FP1 hingga FP2, jentera saya ada banyak peningkatan. Pada Hari Merdeka ini, saya ingin memanfaatkan kesempatan untuk menunjukkan kebanggaan saya sebagai rakyat Malaysia. Saya berjuang hari ini dengan semangat yang sama seperti pejuang-pejuang terdahulu. Walaupun saya tidak dapat menjamin tempat di podium, saya akan berusaha sebaik mungkin dan berharap hasilnya akan memuaskan pada perlumbaan esok. Dalam kategori CP150, semua pelumba sangat kompetitif. Saya akan berusaha untuk kekal fokus esok hari dan tidak terlalu berbangga diri, kerana kesilapan boleh berlaku bila-bila masa. Yang penting, saya akan cuba memberikan yang terbaik.”
Kasma berada di tempat kedua dengan catatan masa terpantas 43:218s diikuti Azroy pada 43:372s di tempat ketiga.

