fbpx

AKIF BANGKIT DI TANGKAK

Sementara itu, perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit menyaksikan pelumba HONDA KC RACING, Md Akif Abdullah memenangi perlumbaan di Litar Lumba Tangkak, Johor pada pusingan 7 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

Perlumbaan petang ini bermula dengan Akif mengetuai perlumbaan dengan Farres Putra Md Fadhill dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mengekori rapat di belakangnya. Di belakang mereka adalah pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam.

Kedudukan pelumba di kelompok hadapan kekal sama namun pada pusingan 2, Adib tidak dapat meneruskan perlumbaan susulan terjatuh menyaksikan Md Akid Md Shah Khearul Nisiam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING menduduki di P3.

Pada pusingan ke 10, Akif yang konsisten semakin selesa selepas meninggalkan kumpulan sekurang-kurangnya 3 saat di belakangnya.

Akif memenangi perlumbaan pada 9’23:423s.

Akif berkongsi, “Dalam perlumbaan tadi, saya memutuskan untuk mengikuti ‘racing line’ yang lebih selamat. Walaupun motor saya mula menghadapi sedikit masalah, saya berusaha untuk mengekalkan posisi saya. Alhamdulillah, usaha saya membuahkan hasil dan saya berjaya meraih tempat pertama.”

Farres akur di tempat kedua dengan catatan masa 9’27:698s.

Akid mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’27:851s.