fbpx

SYAZRAS IMPI ULANGI KEMENANGAN

Pembuka musim Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2023 menjadi detik termanis bagi pelumba HONDA YUZY ESTREMO TEAM, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy yang berjaya melakar kemenangan buat sulung kali.

Kemenangan itu menyaksikan Syazras semakin berminat untuk berlumba di trek kegemarannya iaitu Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara).

Menurut Syazras, “Litar Sepang (Utara) adalah trek besar, banyak ‘rolling speed’ dan ada juga teknikal. Dan selekoh kegemaran saya adalah di selekoh 5 kerana situ merupakan ‘high speed corner’.”

Mengimbau kembali ke masa itu, mengukir senyuman di wajah Syazras, “Kemenangan itu sangat bermakna kerana ia merupakan podium pertama yang sangat saya nanti-nantikan, sudah tentu ia menjadi satu sejarah untuk diri saya dan karier sukan permotoran. Alhamdulillah saya sangat gembira dengan pencapaian pada hari tersebut.”

Syazras berkongsi hasratnya, “⁠Harapan saya untuk menamatkan perlumbaan pusingan ini di kedudukan yang terbaik. Jika ada rezeki podium ataupun juara itu adalah bonus untuk saya. Tapi yang pasti saya akan berusaha keras untuk dapatkan apa yang saya impikan, iaitu mengulangi kemenangan di litar ini dan saya yakin dengan pasukan saya. Mereka semua bekerja keras untuk mencari setup yang terbaik buat jentera saya.”

Bagaimanapun, Syazras enggan terlalu yakin menjelang Pusingan 3 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) itu, dia berkata, “⁠Sudah semestinya perlumbaan di Sepang (Utara) akan menjadi persaingan yang amat sengit dengan pesaing-pesaing lain dan semua pelumba berkemampuan untuk menang. Apapun saya dan pasukan akan cuba berikan saingan terbaik dan cuba merealisasikan target kami menjelang race kali ini.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook