Meraih P2 sebanyak dua kali di saingan kategori Wira KBS Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix, pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam semakin mengidamkan kedudukan teratas podium itu.
Pelumba kelahiran Johor yang menjadikan Kompleks Sukan Permotoran Tangkak sebagai trek kegemarannya itu bersyukur bercampur perasaan ‘tergantung’ apabila hasrat memenangi perlumbaan tidak kesampaian.
Kata Adib, “Alhamdulillah, saya tetap berasa bersyukur dapat menghabiskan perlumbaan dengan selamat dan menduduki P2 serta mengumpul mata kejuaraan.”
Namun ia bukan pemusnah harapan malah pembakar semangat yang membuat Adib nekad bangkit untuk menghapuskan jurang dengan pesaing utamanya iaitu pemenang Pusingan 1 dan Pusingan 2 dari HONDA KC RACING, Md Akif Abdullah.
Adib berkongsi, “Buat masa ini saya dan pasukan sedang berusaha mencari pelarasan terbaik bagi setiap trek agar saya berharap dapat mengumpul sebanyak mata kejuaraan yang saya mampu dalam setiap perlumbaan.”
Menjelang Pusingan 3 yang akan berlangsung di Litar Antarabnagsa PETRONAS Sepang (Utara) pada hujung minggu ini, sudah tentu Adib akan meneruskan cabarannya memburu kemenangan.
Adib berkongsi, “Untuk Litar Sepang Utara ini memerlukan setup jentera yang baik dari segi ‘suspension’ dan kelajuan enjin yang baik. Litar ini juga memerlukan pelumba untuk berfikir strategi secara keseluruhan. Harapan saya utk perlumbaan di Litar Sepang Utara adalah memberi tentangan hebat kepada Akif dan cuba memenangi pusingan ini selain mengumpul mata sebanyak mungkin.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook