fbpx

KEMENANGAN SULUNG UNTUK FARRES

Sementara itu, perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill mencipta kenangan manis di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang dengan kemenangan sulungnya.

Farres memulakan perlumbaan pada petang ini di petak grid pertama selepas menamatkan sesi kelayakan semalam di tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1’27:558s diikuti pelumba WINBOX KM+ AXLA, Md Iman Fahmi Senin yang mencatatkan masa terpantas 1’27:908s untuk bermula di petak grid kedua. Manakala pelumba BROTHERS 7 TECH RACING , Md Aiman Md Hafis dengan catatan 1’27:963s bermula di petak grid ketiga.

Sejurus perlumbaan bermula, Farres memecut ke hadapan untuk mengetuai kumpulan. Di belakangnya adalah rakan sepasukannya, Raiyan Khardanee Md Sanusi yang mengekori diikuti Aiman.

Farres tampak konsisten di P1 manakal Aiman di P3 terus mencari ruang untuk memintas pelumba di hadapannya. Perlumbaan semakin sengit menyaksikan kedudukan sering bertukar melibatkan 6 pelumba: Farres, Raiyan, Aiman, Md Akif Abdullah dari HONDA KC RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING dan Md Syahmi Aiman Md Shafie dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING.

Memasuki pusingan ke-6 Aiman memintas kedudukan Farres namun Farres berjaya kembali merampas kedudukannya dan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 10’05:332s.

Farres berkata, “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan saya, dan rakan sepasukan yang banyak membantu saya dalam perlumbaan kali ini. Tidak lupa juga penyokong-penyokong yang hadir memberi sokongan hari ini, saya menghargai sangat-sangat. Perlumbaan tadi memang amat tertekan, tetapi saya percaya pada rakan pasukan saya serta jentera saya, dan alhamdulillah rezeki Allah, hari ni saya dapat nombor 1.”

Aiman akur di tempat kedua dengan catatan masa 10’05:586s.

Adib mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 10’05:732s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook