fbpx

SYAMIL CIPTA HATRIK


Md Syamil Amysar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi mendominasi litar di pusingan ketiga Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dan berjaya mencipta “hat-trick”.

Pencapaian ini sememangnya telah dijangka memandangkan prestasi Syamil yang mantap di pusingan pertama dan kedua bagi kategori Wira KBS. Lebih-lebih lagi apabila beliau menandakan masa terpantas semalam di sesi kelayakan.

Di sepanjang musim ini, Syamil telah mempertahankan kedudukannya dan telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi berbanding dengan tahun lepas di mana beliau hanya berjaya di tangga kelima secara keseluruhan.

Syamil tidak goyah sepanjang perlumbaan kali ini. Beliau telah memulakan perlumbaan dengan yakin dan berjaya memecut jauh ke depan. Seterusnya, beliau meneruskan perlumbaan dengan kelajuaan yang konsisten sehingga ke lap terakhir dengan catatan masa, 9’40:569s.

Menurut Syamil, “Kemenangan saya adalah kerana keadaan jentera saya yang baik. Awal pagi tadi, saya kecewa dengan sesi “warm-up” kerana terjatuh.”

“Saya akan terus memberikan yang terbaik dalam perlumbaan ini bukan sekadar “play-safe”.”

Tempat kedua dan ketiga juga disambar oleh pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Md Adam Haikal Jahar dan Md Danish Aiman Zamrul masing-masing dengan catatan masa 9’46:202 dan 9’49:108s.

Aksi Perlumbaan Akhir Wira KBS

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,