Md Hafiza Rofa mencipta hatrik dengan satu lagi kemenangan untuk pasukan ONEXOX TKKR Racing di pusingan ketiga Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP125 sekaligus membuktikan penguasaannya sukar digugat.
Hafiza telah memperagakan kemahiran dan strategi yang mantap dalam perlumbaannya di litar seperti perlumbaan-perlumbaannya di pusingan pertama dan kedua dan berjaya menjayakan pelannya untuk mengambil kedudukan pertama di podium.
Di lap pertama dan kedua, Hafiza kelihatan mencari peluang untuk menembusi kelompok tiga teratas dan pada lap ketiga, beliau berjaya dengan pelannya. Dengan pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya, Hafiza mengukuhkan lagi kedudukannya dan walaupun perlumbaan bertambah sengit pada lap-lap seterusnya, Hafiza mampu kekal konsisten di kelompok hadapan.
Pelumba yang menaiki jentera jenis Yamaha ini membuka langkah pada lap terakhir dan dari kedudukan keempat dan berjaya memintas pelumba-pelumba di hadapannya untuk menyambar kedudukan pertama di podium dengan catatan masa 11’07:606s.
Menurut Hafiza, “Persaingan ini memang sengit tetapi saya berjaya mengunakan strategi seperti yang telah dirancang untuk litar ini.”
“Pusingan seterusnya akan berlangsung di tempat kelahiran saya dan sudah pasti ingin melakarkan kemenangan di situ.”
Tempat kedua pula milik rakan sepasukan Hafiza iaitu Md Norhakim Md Morhafizullah yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11’07:732s.
Tempat ketiga jatuh ke tangan Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan HONDA KC RACING dengan catatan masa 11:07.778
Aksi Perlumbaan Akhir CP125
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook