Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende melakar kemenangan hatrik dalam perlumbaan pusingan 7 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor.
Sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di petak grid pertama selepas beliau mencatatkan masa terpantas pada 45:239s. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING yang mencatat 45:350s bermula di petak grid kedua dan Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING di petak ketiga pada 45:448s.
Perlumbaan bermula dengan Syamil mendahului perlumbaan dengan Danial mengekori di belakang dan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di P3.
Persaingan semakin sengit menyaksikan Izam berjaya memintas Farish di P2 pada puisngan ke-5 dan terus cuba merapatkan jaraknya dengan Syamil di P1.
Pada pusingan ke-13, Izam memintas kedudukan Syamil di P1, namun Syamil berjaya mengambil semula P1 dan meningkatkan pecutannya.
Syamil melepasi garisan penamat pada 11’37:618s untuk memenangi perlumbaan.
Syamil berkongsi: “Perlumbaan tadi sangat sengit. Saya cuba untuk menjauhkan diri daripada pelumba lain, tetapi ia sangat mencabar. Saya perhatikan Izam berada di belakang, jadi saya memilih untuk mengikuti pace beliau. Pada lap terakhir, saya cuba meningkatkan kelajuan dan nasib baik, dalam selekoh kedua dan terakhir, saya berjaya menutup ruang supaya pelumba lain tidak dapat memintas saya. Akhirnya, saya berjaya memenangi perlumbaan hari ini.”
Tempat kedua jatuh ke tangan Md Aliff Danial Md Asri dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dengan catatan masa 11’37:995s.
Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’38:039s.

