fbpx

SYAIRUL JUARA PUSINGAN PEMBUKAAN


HOnda-PodiumMempunyai kelebihan beraksi di kategori yang lebih mencabar, Syairul Yusie Suhaimi memanfaatkan kelebihan itu apabila muncul juara buat kali pertama bagi kategori satu pengeluar Cabaran Honda Wave Alpha.

Perlumbaan pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang diadakan di Litar MAEPS Serdang, Selangor itu menyaksikan Syairul yang menggunakan jentera bernombor 17 itu mencatatkan masa 9:34.454 saat bagi perlumbaan sebanyak 10 pusingan.

“Saya pernah beraksi dalam kategori Wira musim lalu, jadi saya sudah biasa dengan perlumbaan di Cub Prix.

“Saya gunakan pengalaman yang saya perolehi musim lalu untuk mendominasi perlumbaan ini dan syukur ianya berhasil,” kata Syairul.

Sementara itu kemenangan tempat kedua pula menjadi milik Mohd Hanif Mohd Isnaini dengan catatan masa 9:38.694 saat.

Manakala tempat ketiga pula menjadi milik pelumba yang pernah beraksi di dalam kategori yang sama musim lalu iaitu Mohd Haziq Mohd Hamdan dengan masa 9:44.899 saat.

Dengan kemenangan sulung yang diraih Syairul kini dia mendahului carta keseluruhan dengan 25 mata sementara Hanif dengan 20 mata dan Haziq dengan 16 mata.

, ,