Keadaan litar licin akibat hujan lebat yang membanjiri Litar MAEPS Serdang, Selangor tidak menghalang Mohd Zulhimli Yazid untuk muncul juara perlumbaan pusingan satu Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Serdang, Selangor.
Zulhilmi menamatkan 10 pusingan perlumbaan kategori Piala Pro Am PETRONAS Sprinta dengan catatan masa 9:47.660 saat mendahului 0.647 saat dengan pemenang ditempat kedua.
“Saya begitu gembira dengan kemenangan pertama ini dan pastinya dengan permulaan yang baik ini akan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus melakukan yang terbaik.
“Pastinya memenangi setiap perlumbaan menjadi sasaran saya namun apa yang penting adalah saya kekal konsisten memungut mata pada setiap pusingan supaya boleh mengukuhkan kedudukan saya di carta keseluruhan,†kata Zulhilmi.
Sementara itu pelumba yang berpengalaman beraksi dalam kategori ini pada musim lalu iaitu Mu’izz Al-Atrash Abd Ghani meraih tempat kedua dengan catatan 9:48.307 saat.
Manakala Mohd Fikri Azam Nordin di tempat ketiga dengan masa 9:49.417.
Ketiga-tiga pelumba ini masing-masing memungut 25, 20 dan 16 mata bagi kemenangan di pusingan pertama ini.