fbpx

TUNJUK AJAR JUARA BERI KELEBIHAN BUAT FADLI


yamaha-01Berkat tunjuk ajar daripada juara musim lalu kategori Super Siri Yamaha PETRONAS, Mohd Hazieq Mohd Fairues memberikan manfaat kepada Mohd Fadli Shah Redzuan yang memenangi perlumbaan akhir pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Fadli menamatkan 10 pusingan dalam tempoh 9:31.492 saat untuk muncul juara pada pusingan yang diadakan di Litar MAEPS Serdang, Selangor itu.

“Sepanjang cuti rehat tahun lalu saya banyak berguru dengan Hazieq jadi saya lebih yakin dengan tunggang saya musim ini.

“Saya sudah banyak peningkatan terutamanya ketika mengambil selekoh, saya lebih berkeyakinan mengawal jentera saya.

“Pastinya saya gembira dengan kemenangan ini, terima kasih saya ucapankan kepada keluarga dan pasukan yang banyak memberikan sokongan kepada saya serta tidak lupa kepada Hazieq yang banyak mengajar saya,” terang Fadli.

Hazieq merupakan pemenang keseluruhan musim lalu dan menjadi satu-satunya pelumba di dalam kategori ini yang mencatatkan kemenangan disemua perlumbaan dan mengutip mata maksima di dalam kejuaraan ini.

Mohd Faiz Zekri Sabri pula meraih kemenangan di tempat kedua dengan ketinggalan 0.474 sementara Mohd Syarifuddin Azman ketiga dengan catatan masa 9:32.324 saat.

Fadli mengutip 25 mata berharganya dengan kemenangan di tempat pertama manakala Faiz dengan 20 mata dan Syarifuddin dengan 16 mata.

, ,