fbpx

SYAFIQ ROSLI BELUM MENGALAH

Berbaki enam pusingan Mohd Syafiq Rosli melaungkan amaran awal apabila muncul sebagai pelumba CP125 terpantas dalam sesi kelayakan.

Dengan berbaki enam pusingan lagi sebelum tamatnya musim 2021 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, pelumba CP125 Mohd Syafiq Rosli masih belum mengalah.

Buat pertama kali musim ini, pelumba yang bernaung dengan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu melaungkan amaran awal apabila muncul sebagai pelumba CP125 terpantas dalam sesi kelayakan.

Syafiq, yang kini menduduki tangga kelima kejuaraan CP125, mencatat masa terpantas 51.897s di atas litar sepanjang 1.371km Litar Permotoran Terengganu.

Sementara itu, pasukan TuneBoss Pink Racing semakin kompetitif. Pelumba pasukan, Mohd Harith Farhan Baharin berjaya merakam masa kedua terpantas dengan 52.159s diikuti Mohd Afizad Supaat dari SCK Honda Racing Team.

Pendahulu kejuaraan CP125, Mohd Fareez Afeez Abd Rahman dari Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-empat dengan 52.219s.

Mohd Zaqhwan Zaidi yang kembali ke kancah Cub Prix untuk membantu usaha pembangunan Boon Siew Honda Racing Team, mencatat masa ke-lima terpantas dengan 52.242s.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook