fbpx

SYAFIQ MENERUSKAN MOMENTUM KEJAYAAN


Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas pada petang ini di sesi kelayakan, pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol.

Syafiq yang telah meraih kemenangan pada pusingan pertama di Sepang kembali dengan aksi yang hebat di Dataran Seri Jempol. Pada sesi latihan pertama pagi tadi, pelumba yang berasal dari negeri Perak mencatatkan masa terpantas beliau pada 47’318s manakala pada sesi latihan kedua pula, beliau mencatatkan masa terpantas pada 47’177s. Bagi sesi kelayakkan, Syafiq telah memperbaiki cara pengendalian jenteranya sekaligus melakarkan masa terpantas pada 46’637s.

Menurut Syafiq, “Pada sesi tadi, saya ada buat sedikit kesilapan. Saya “drop” gear kepada gear “0” kemudian saya “overshot”. Namun begitu, saya cuba mencari masa balik dan berjaya mendapatkan masa yang agak bagus. Esok ada lagi cabarannya dan saya sedia menempuhinya.”

Di tempat kedua terpantas adalah Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa terpantasnya pada 46’640s dan rakan sepasukan beliau, Md Khairi Asyraf Mahmood pula mengambil tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 46’644s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,