Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing berjaya mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan bagi pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol.
Di sesi latihan bebas 1 tadi, Emil mencatatkan masa terpantas pada 49’256s manakala pada sesi latihan 2 pula, beliau mencatatkan masa terpantas pada 48’875s. Di sesi kelayakan pada petang tadi, Emil telah tampil dengan catatan masa yang lebih baik pada 47’847s.
Menurut Emil, “Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan dan dorongan terhadap aspirasi saya sejak saya kecil lagi. Terima kasih kepada pasukan saya juga yang telah banyak membantu saya dalam persediaan ini. Pada sesi tadi, saya hanya mengikuti pelumba di hadapan saya, Ikram iaitu pelumba sepasukan saya. Bila saya ikut tu, saya rasa saya lebih “improve” lap time.”
“Bagi sesi “Shoot Out” esok, saya rasa saya dapat buat lebih baik dengan catatan masa saya. Saya lebih yakin dengan jentera saya. Saya sudah pasti akan memberikan yang terbaik.”
Di tempat kedua terpantas adalah Adib Hareez Hazwat dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa terpantasnya, 47’864s. Md Adib Arsyad Md Hisam dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan masa 47’864s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook

