fbpx

SIAPA DI ANTARA PELUMBA YYPANG AKAN DIGELAR JUARA?


Pusingan kesepuluh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di litar Batu Kawan pada hujung minggu ini akan berlumba untuk takhta kejuaraan bagi kategori CP125. Siapakah di antara dua pelumba sepasukan, Md Khairi Asyraf dan Md Shafiq Ezzariq dari pasukan Jetron Yamaha YYPang yang bakal dinobatkan juara bagi kategori CP125?

Musim ini agak berbeza bagi pasukan YYPang lebih-lebih dengan pencapaian mereka secara keseluruhan berbanding dengan pencapaian mereka pada musim lepas. Keputusan yang telah diambil untuk menempatkan dua pelumba mereka dari kategori CP150 ke kategori CP125 telah membuahkan hasil sepanjang musim ini. Dua pelumba tersebut, Khairi Ashraf dan Shafiq Ezzariq bukan sekadar memberikan saingan yang hebat kepada pelumba-pelumba lain malah juga telah menaikkan tahap penanda aras bagi kategori tersebut dengan persembahan mereka yang menakjubkan.

Sepanjang musim ini, Khairi Ashraf telah menaiki podium sebanyak lima kali termasuk tiga kemenangan manakala Shafiq Ezzariq berjaya menaiki podium sebanyak lima kali termasuk satu kemenangan. Kedua-dua pelumba tersebut masing-masing memegang sebanyak 154 and 130 mata secara keseluruhan. Walaupun peluang Khairi Ashraf lebih cerah berbanding dengan Shafiq Ezarriq, Khairi Ashraf masih perlu mengekalkan momentum yang baik dan mengelak sebarang kesilapan untuk memastikan takhta kejuaraan jatuh ke tangannya. 

Menurut Khairi, “Matlamat saya untuk pusingan ini sama seperti di setiap pusingan, iaitu untuk cuba sebaik mungkin untuk menjejak kaki di podium. Dari segi jentera, tiada perbezaaan. Pasukan saya sentiasa memastikan keadaan jentera adalah pada tahap yang optimum. Paling penting adalah untuk menyesuaikan diri menggunakan jentera dan mencari setup yang akan memberikan prestasi yang bagus. Secara personal, saya fokus kepada persiapaan fizikal kerana litar Batu Kawan adalah litar yang agak mencabar bagi saya. Berbanding dengan litar lain, litar Batu Kawan mempunyai selekoh-selekoh yang sukar dan memang memerlukan 100% fokus maka persiapan mental juga agak penting. Secara keseluruhan, musim ini agak baik bagi saya kerana kami sepasukan dapat mengekalkan kedudukan di tangga pertama. Itu adalah suatu pencapaian yang memuaskan bagi saya. Saya juga berharap yang saya mengekalkan prestasi saya dan tidak melakukan sebarang kesilapan supaya dapat menjuarai kategori CP125 pada musim ini.”

Menurut Shafiq, “Bagi saya, matlamat saya adalah untuk memenangi pusingan kesepuluh. Peluang untuk perebutan takhta masih terbuka maka saya akan cuba sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik agar dapat mengumpul sebanyak mata yang mungkin. Apa-apa boleh berlaku sewaktu perlumbaan, oleh itu, saya akan cuba kurangkan kesilapan dan fokus untuk menang. Dari segi jentera, tiada perbezaan di antara jentera saya dan jentera rakan sepasukan saya. Dari segi persiapan, mekanik memang bertungkus lumus membuat persediaan yang terbaik supaya prestasi kami sentiasa bagus. Jentera sentiasa dalam keadaan optimum untuk perlumbaan oleh itu, kami tidak perlu risau dari aspek jentera. Saya banyakkan latihan supaya saya sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental. Saya buat banyak latihan di gym dan jogging untuk menguatkan badan dan kekalkan stamina. Pada pendapat saya, litar Batu Kawan adalah menarik, suatu litar yang teknikal dan mempunyai suatu bahagian yang lurus. Ada juga “roundabout” yang membuatkannya mencabar. Saya rasa saya tidak mempunyai masalah di litar tersebut. Buat masa kini, sukar untuk pastikan kelebihan dan kekurangan. Mungkin lebih jelas apabila kita berada di dalam litar. Musim ini adalah mencabar tetapi juga menarik. Sudah lama saya tidak untuk perebutan takhta tetapi musim ini agak lain kerana saya akan “fight” dengan teammate saya sendiri. Ini juga telah memberikan saya keyakinan selepas saya kemalangan teruk dulu. Saya juga dapat memperbaiki cara tunggangan saya. Pada suatu ketika, saya memang fobia untuk menaiki motor tetapi pengalaman ini telah memberikan saya azam baharu. Maka saya amat bersyukur.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,