fbpx

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING KEMBALI KUASAI PODIUM


Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing menamatkan perlumbaan akhir pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS dengan masa terpantas.

Selepas dua pusingan mengharungi cabaran yang menggugat persembahannya di litar, Syamil kembali dengan kemenangan apabila beliau berjaya menguasai perlumbaan tersebut di samping persaingan yang sengit bersama pelumba sepasukannya.

Syamil yang telah memulakan perlumbaan di petak grid kedua telah menandakan nada positif apabila beliau memecut ke hadapan lalu mengambil kedudukan P1. Walaupun beliau di pintas di lap ketiga oleh Md Adam Haikal Jahar, Syamil memperkukuhkan momentumnya sehingga mendapat peluang untuk menyambar kedudukan di P1 pada lap keempat.

Persaingan di antara duo sepasukan ini kemudiannya berterusan dengan Syamil dan Adam masing-masing mencuba untuk mendapat masa terpantas dengan Syamil mendahului perlumbaan tersebut. Perlumbaan tersebut berakhir apabila Syamil berjaya mempertahankan kedudukannya di pertama sehingga ke garisan penamat. Beliau mencatatkan masa terpantas 10’05:720s.

Menurut Syamil, “Persaingan tadi sememangnya sengit terutamanya dengan rakan sepasukan saya namun saya mampu mempertahankan kedudukan saya. Perlumbaan yang sangat bagus bagi saya.”

Adam pula yang tidak jauh mencatatkan masa terpantas, 10’05:747s sekaligus mengambil tempat kedua.

Di tempat ketiga, Md Danish Aiman Zamrul mencatatkan masa 10’09:651s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , , ,