Pusingan Kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bermula hari ini di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak. Md Shafiq Ezzariq dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan.
Di sesi latihan bebas 1 yang telah berlangsung pagi tadi, Irfan Haykal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing mencatatkan masa terpantas pada 46’155s diikuti oleh Fareez Afeez dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada 46’338s dan Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team pada 46’452s. Di sesi latihan bebas 2 pula, Irfan Haykal sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada 45’823s. Di tempat kedua dan ketiga terpantas adalah rakan sepasukan, Fareez dan Shafiq Ezzariq, masing-masing dengan catatan masa terpantas mereka pada 45’922s and 45’967s.
Di sesi kelayakan yang telah berlangsung pada waktu petang tadi, Shafiq Ezzariq berjaya meningkatkan prestasinya dan tampil dengan catatan masa terpantas pada 48’125s. Sepanjang musim ini, Shafiq bukan sahaja telah menunjukkan kemahirannya di kategori CP125 malah juga telah membuktikan kebolehannya untuk mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga teratas secara keseluruhan. Shafiq yang kini menduduki tempat kedua secara keseluruhan telah mengumpul sebanyak 117 mata setakat ini.
Menurut Shafiq, “Di sesi kelayakan tadi, cabaran saya adalah di bahagian “grip” kerana litar agak basah. Oleh itu, kurang sedikit “grip” tersebut. Kami akan cuba mengatasi cabaran tersebut dari segi “setup suspension” dan juga tayar. Pesaing utama saya bagi pusingan ini, daripada apa yang saya perhatikan hari ini adalah Irfan Haykal dan juga rakan sepasukan saya. Irfan Haykal memang laju di litar ini walau bagaimanapun, saya takkan putus asa dan akan cuba berikan cabaran yang sengit kepadanya. Saya akan cuba berada di kelompok hadapan. Dari segi jentera, tiada masalah buat setakat ini. Itu adalah kelebihan saya. Untuk sesi “Shoot Out” esok, saya akan cuba untuk berada di barisan hadapan dan di sesi perlumbaan nanti, sudah pasti saya akan cuba untuk Menang.”
Di tempat kedua terpantas adalah rakan sepasukannya, Md Fareez Afeez dengan catatan masa terpantas pada 48’460s.
Hafiza Rofa mencatatkan masa ketiga terpantas pada 48’660s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook