fbpx

AFIF TERPANTAS HARI PERTAMA

Pusingan Kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bermula hari ini di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak. Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan bagi kategori CP150.

Di sesi kelayakan 1 yang berlangsung pada tengah hari tadi, Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah mencatatkan masa terpantas pada 43’640s. Di tempat kedua adalah Kasma Daniel dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa terpantasnya pada 43’694s. Di tempat ketiga terpantas adalah Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa terpantas pada 43’931s. Di sesi kelayakan 2 pula, Azroy Hakeem dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mencatatkan masa terpantas diikuti oleh Akid Aziz dengan catatan masa terpantas pada 43’834s. Di tempat ketiga adalah Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa terpantas beliau pada 43’992.

Dengan ini, Afif Amran adalah pelumba terpantas bagi sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas pada 43’640s. Pada musim lepas, Afif mencatatkan masa kedua terpantas di sesi kelayakan pada 43’407s, catatan masa yang lebih baik berbanding dengan catatan masanya pada hari ini. Namun begitu, Afif yang agak mantap di litar teknikal meraih kemenangan di sesi perlumbaan akhir di litar ini. Afif kini menduduki tempat ketiga secara keseluruhan dengan jumlah sebanyak 114 mata.

Menurut Afif, “Cabaran saya pada hari ini adalah litar basah apabila kami keluar tadi. Pada penghujungnya kering jadi agak susah untuk kami cari “setup” yang bagus untuk jentera. Untuk sesi “Super-Pole” nanti, kami sepasukan akan berbincang untuk persediaan jentera dengan menggunakan data yang sedia ada. Saya berharap dapat salah satu tempat di barisan pertama. Pesaing utama saya di litar ini adalah Azroy kerana kami berdua kini hampir sama mata. Oleh itu, persaingan sudah pasti sengit. Untuk perlumbaan, saya akan cuba dapatkan tempat keempat atau ketiga teratas supaya saya dapat kekalkan kedudukan keseluruhan saya.”

Di tempat kedua terpantas adalah Kasma Daniel dengan catatan masa terpantas pada 43’694s.

Azroy Hakeem mencatatkan masa ketiga terpantas pada 43’696s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook