fbpx

SHAFIQ JUARA CP125


Md Idil Fitri Mahadi dari pasukan YYPang Yamaha Racing Team menyambar kedudukan pertama di podium bagi kategori CP125 di pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan).
 
Perlumbaan bermula dengan Syafiq di petak grid pertama diikuti oleh Firdaus Hamdan di petak grid kedua dan Fareez Afeez di petak grid ketiga. Namun begitu, pada akhir lap pertama, Firdaus telah mara ke depan dan mengambil alih kedudukan di P1. Pada akhir lap kedua, Md Adie Putra yang telah bermula di petak grid kelapan-belas berjaya mengorak langkah ke P1.
 
Syafiq yang gagal mempertahankan kedudukannya pada masa itu tidak berputus asa. Pada akhir lap ketiga, beliau kembali ke P1. Adie mengambil P2 dan Firdaus pula di P3. Di pertengahan perlumbaan, Adie kembali ke P1 diikuti oleh Syukran Aizat yang muncul ke P2. Fareez pada ketika itu mengambil P3.
 
Perlumbaan CP125 yang sengit diteruskan walaupun berlakunya beberapa kejadian. Pelumba-pelumba masing-masing mencari peluang untuk mengambil kedudukan yang lebih baik. Pada lap ketujuh, Idil yang berada di kedudukan P7 berjaya ke kelompok hadapan, menunggu masa untuk menyambar.
 
Pada lap terakhir, perlumbaan tersebut bertambah hebat dengan persaingan yang mantap oleh pelumba-pelumba. Pada ketika itu, Irfan Haykal kelihatan di P1. Walaupun Irfan cuba mengekalkan kedudukan, Idil yang pada masa itu berada di kelompok empat keatas berjaya mencuri peluang di selekoh dan mara ke P1. Menuju ke garisan penamat, Idil meningkatkan lagi kelajuan dan berjaya di
tempat pertama dengan catatan masa 11’08:977s.
 
Menurut Idil, “Saya ingin berterima kasih kepada pasukan YYPang yang telah menyediakan jentera yang bagus pada hari ini. Pada permulaan perlumbaan, agak sukar untuk saya sebab jentera saya mengalami sedikit masalah. Saya hanya cuba terus ke hadapan, tidak fikir banyak. Saya hanya ingin menang dan saya berjaya.”
 
Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mengambil tempat kedua dengan catatan masa 11’09:068s. Dengan berakhirnya pusingan kesembilan, Shafiq juga digelar juara keseluruhan untuk kategori CP125 untuk musim ini. Syafiq telah menaiki podium sebanyak enam kali musim ini termasuk tiga kemenangan di pusingan lima, enam dan tujuh. Jumlah mata keseluruhannya adalah 159 mata.
 

Menurut beliau, “Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pasukan saya ONEXOX TKKR Racing Team. Pada awal minggu ini, kami masih mencari “setup” jentera dan pada hari perlumbaan, kami berjaya membetulkan masalah tersebut. Pada perlumbaan tadi, saya memang mencari peluang untuk ke hadapan tapi memang amat sengit. Saya cuba membuka langkah di lap terakhir dan berjaya
di tempat kedua.”
 
Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 11’09:104s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,