fbpx
Perebutan takhta pendahulu dalam saingan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup semakin hangat selepas dua pusingan musim ini

SAINGAN PRO-AM MAKIN HANGAT

Perebutan takhta pendahulu dalam saingan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup semakin hangat selepas dua pusingan. Pertembungan dua muka lama dan baharu menyaksikan Azrul Affendi Hadi dan Alif Imran Ahmad Husni kini terikat dengan 36 mata mendahului senarai keseluruhan pelumba. 

Azrul membuktikan beliau masih mampu bersaing dengan pecabar-pencabar baru dalam kategori ini. Bekas Juara PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup musim 2015 membuktikan kemampuan beliau apabila memenangi perlumbaan pusingan lalu.

Berbeza dengan Alif yang bermula di petak ke-22 pada pusingan yang lalu, bijak mencuri ruang dan mengatur strategi  memintas pelumba-pelumba lain untuk mengutip 11 mata berharga sekaligus mengikat Azrul di persada kejuaraan. Pelumba asal Johor ini seakan memberikan amaran yang beliau perlu diberi perhatian pada musim ini dalam merebut takhta kejuaraan kategori tersebut.

Selain itu kehadiran muka-muka baharu seperti Md Shafiq Aiman Badrulkamal Adil dan Ahmad Syamil Akmal yang berjaya melakar podium pada pusingan lepas pastinya merancakkan lagi saingan. Mereka akan bersaing di Litar Sepang Selatan pada 11-12 Jun nanti bagi cabaran Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook