fbpx

QHUWARISMI TERPANTAS, KETIADAAN HARITH BUKA PELUANG


Ketiadaan juara keseluruhan, Mohd Harith Farhan yang beralih ke kelas CP115 minggu ini membuka ruang buat Mohd Qhuwarismi Mohd Nasir (Weststar Motorsports) untuk muncul pelumba terpantas dengan mencatatkan masa terbaik 48.102s.

Sementara itu, duo Espada William Racing, Mohd Khairul Ikhwan Ajis dan Amirul Hakim Mohd Rizal, masing-masing muncul di kedudukan kedua dan ketiga dengan catatan 48.169s dan 48.215s.

Melengkapkan barisan lima pelumba terpantas pada hari ini ialah ohd Akid Aziz (Team PETRONAS Yamaha) yang mencatat masa 48.222s dan rakan sepasukan, Mohd Izzat Rafiq kelima, 48.230s.

,