fbpx

KASMA BERI BAYANGAN JUARA


Dalam kelas CP115, Kasma Daniel Kasmayudin memberi bayangan untuk membawa pulang gelaran juara keseluruhan pada minggu ini setelah muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 46.688s diikuti Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) kedua, 46.882s dan Mohd Emir Firdaus Hasan (Espada William Racing) ketiga, 47.180s.

Sementara itu, pelumba tunggal yang masih berupaya untuk menghalang Kasma dari meraih gelaran pada minggu ini, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) sekadar mencatat masa keenam terpantas, 47.359s di belakang Mohd Muzakkir Mohamed (elf Koyoko KC Racing) yang mencatat masa keempat terpantas, 47.354s dan rakan sepasukan Tengku Amirul, Mohd Izzat Zaidi kelima 47.359s.

Kasma berpeluang untuk membawa pulang gelaran keseluruhan memandangkan ketika ini berkelebihan 29 mata ke atas Tengku Amirul dan hasrat Kasma Daniel akan tertangguh seandainya Tengku Amirul berjaya memenangi perlumbaan pada minggu ini.

, ,