Pertamanya, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan media yang tidak pernah jemu menyokong dan memberi liputan tentang kejuaraan ini sejak sekian lama.
Kini industri sukan permotoran telah dibenarkan beroperasi kembali, sehubungan dengan itu prosedur baharu Akreditasi Media menjelang Pusingan 1 nanti.
1. Semua media dikehendaki memohon akreditasi lebih awal sebelum acara bermula. Berdasarkan SoP, kami tidak lagi dibenarkan menerima permohonan secara ‘walk-in’.
2. Akreditasi media akan dibuka sekarang (13 Julai 2020) dan akan ditutup pada 15 Julai 2020 (Rabu) jam 5 petang waktu tempatan.
3. Untuk mendaftar, sila layari https://malaysiancubprix.com/utama/media
3a. Pada bahagian bawah terdapat QR Code yang boleh di imbas atau dipaut ke borang permohonan atas talian.
3b. PENTING : Bagi yang telah memohon untuk akreditasi Cub Prix semasa ARRC Pusingan 1 – anda dikehendaki memohon semula dan perlu menandatangani borang deklarasi Covid-19.
3c. Pada borang permohonan, pilih HANYA untuk Cub Prix. Isi butiran yang diperlukan, tandatangan jamin diri dan hantar.
3d. Setelah mendapat kelulusan, anda akan menerima e-mel mengandungi pautan untuk mengisi borang deklarasi Covid-19.
4. Akreditasi ini hanya untuk pemohon dan kru mereka sahaja. Ia tidak boleh dipindah milik.
5. Akreditasi ini juga perlu dimohon pada setiap pusingan.
6. Setelah tiba di litar, anda boleh menuntut pas media di pusat akreditasi.
7. Pusat media akan dibuka bermula jam 9 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu (17 dan 18 Julai).
8. Makan tengah hari akan disediakan di Pusat Media.
9. Ketika berada di kawasan litar, pastikan anda memakai pelitup muka pada setiap masa dan sentiasa menjaga penjarakan sosial. Ini adalah sangat penting.
10. Tiada sambutan selepas tamat perlumbaan. Malah, jika perlu, sidang media selepas tamat perlumbaan hanya akan diadakan dengan mempraktikkan penjarakan sosial.