Tahukah
anda?
Bahan Api Bertaraf Dunia
Selain PETRONAS Sprinta, dengan lebih 30 tahun kepakaran dalam sukan permotoran dan lapan kali kejuaraan dunia Formula One, PETRONAS membawakan bahan api PETRONAS Primax yang sudah terbukti kemampuannya di perlumbaan bertaraf dunia.
Sejak 2020 PETRONAS merupakan pembekal bahan api eksklusif bagi perlumbaan Moto2 dan Moto3.
Terdapat dua variasi bahan api terkini dari PETRONAS iaitu Primax 95 dengan Pro-Drive yang sesuai bagi mereka yang inginkan pemanduan yang lebih lancar, responsif dan efisien. Menepati standard Euro 4M, bahan api menjadi lebih bersih untuk alam sekitar dan baik untuk memelihara enjin.
PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race baharu pula dicipta untuk memberikan kuasa. Ia merupakan bahan api terbaik yang dihasilkan melalui kajian teknologi dan data yang unggul. Dicipta untuk kuasa tanpa tandingan dengan “Advanced Dual Friction Modifier” pertama di dunia bagi prestasi yang lebih responsif dan lebih cekap.
Kuasa luar jangkaan.