Membesar menyaksikan abang tirinya menyerlah di sukan permotoran dua roda bermula Kejuaraan Cub Prix Malaysia sehingga ke Kejuaraan Motosikal Dunia telah mempengaruhi jiwa anak muda untuk turut menceburi dunia yang sama sepertinya.
Pelumba Wira KBS, Amirun Haziq Johan yang mula meminati sukan permotoran selepas melihat kecemerlangan abang tirinya yang juga jaguh sukan dua roda negara, Hafizh Syahrin, yang pernah memahat nama negara di persada dunia dengan beberapa pencapaian yang dibanggakan.
“Saya mula minat sukan permotoran sejak berusia 5btahun dan pada waktu itu saya melihat abang saya berlumba di Cub prix dan sehinggalah ke peringkat MotoGP. Melihat bagaiaman satu Malaysia memberi sokongan kepada beliau dan lagu negaraku berkemundang di negara jiran selain kelajuan serta teknik mengendali jentera, saya tertarik dengan sukan ini.
“Ketika saya berumur 12 tahun, bapa saya telah membelikan satu ‘minibike’ dan di situlah saya mula berkecimpung dalam dunia racing ini. Sejak adanya jentera dua roda itu saya mula melakukan latihan pada hujung minggu untuk memantapkan lagi skil saya. Perlumbaan sebagai pelumba profesional sulung saya adalah SIC MiniGP dan pada tahun debut saya itu, saya dapat meraih podium di tempat ke-3 dan tahun berikutnya saya telah menjejaki MCP di kategori Yamaha Super Series.” jelaskan Amirun.
Prestasi yang memberangsangkan dipamerkan Amirun pada tahun debutnya ketika beraksi di saingan peringkat asas, beliau berjaya ‘dinaikkan pangkat’ ke saingan kategori WIRA KBS bagi musim ini. Juga tidak dinafikan, walaupun menghadapi isu teknikal dan tidak berjaya mengakhiri perlumbaan pada tiga pusingan berturut-turut, Amirun tetap berjaya menempatkan diri di kelompok 10 teratas.
Katanya, “Tahun pertama di kategori Wira KBS, saya masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan pengendalian jentera dan beberapa pusingan lepas saya tidak dapat mengakhiri perlumbaan saya disebabkan isu teknikal menjadi punca saya tidak mengukuhkan lagi kedudukan saya pada musim ini. Bagaimanapun saya tetap puas hati dengan prestasi saya.
“Banyak lagi perkara yang saya harus belajar dan juga perlu cepat menyesuaikan diri dengan segala cabaran supaya saya dapat mencapai impian saya. Abang tiri saya telah membuktikan sukan permotoran ini mempunyai hala tuju dan masa depan. Melihat dia, saya pun berazam untuk meluaskan lagi pengetahuan saya supaya dapat beraksi dengan lebih baik.
Amirun kini berada di tangga ke-enam selepas sembilan pusingan dengan 54 mata.
Setiap kategori di Kejuaraan Malaysian Cub Prix mempunyai peranan masing-masing dan juga tidak gagal menjadi batu loncatan kepada setiap anak muda yang memiliki minat yang mendalam terhadap sukan permotoran. Terutamanya, kategori WIRA KBS yang menjadi platform mencungkil bakat hampir dua dekad.
“Sudah tentu setiap pelumba yang melangkah ke dunia Cub Prix mempunyai sasaran dan impian masing-masing. Paling utamanya untuk berada di Kejuaraan Motorsikal Dunia satu hari nanti. Bagi saya bukan itu sahaja, saya juga mahu memperbaiki diri saya bukan sahaja untuk beraksi cemerlang di atas trek tetapi juga di lua trek.
“Sejak menyertai MCP banyak telah saya belajar. Disiplin diri, pandai mengatur masa, membuat keputusan pada waktu yang tepat, berfikiran lebih berpositif dan lain-lain lagi. Jadi, apa yang saya tekankan disini, MCP bukan hanya melahirkan bakat-bakat sukan permotoran malah mereka juga membentukkan jati diri setiap pelumba,” kata Amirun.
Pelumba kelahiran Ibu Kota itu, mahu mengakhiri saingan Finale MCP yang akan berlangsung di Batu Kawan, minggu ini dengan berada di atas podium.
MENGIKUT JEJAK ABANG, INGIN KE KEJUARAAN DUNIA MOTOGP – AMIRUN HAZIQ