Melebarkan sayap ke kategori Novice seawal usia 14 tahun, boleh disifatkan langkah yang sewajar bagi seorang pelumba untuk menggembara lebih jauh dalam dunia sukan pernotoran dua roda. Apatah lagi berjaya memikat hati pasukan ‘Giant’ industri pada tahun kedua sejak mula beraksi dalam sukan permotoran berprestij negara, Kejuaraan Malaysian Cub Prix.
Pelumba Hong Bee Motoracing, Mohd Adie Putra Sukarno, mula berkecimpung dalam sukan permotoran ini secara profesional sejak usia 12 tahun apabila diberi tawaran untuk menyertai saingan SIC MiniGP pada tahun 2020 dan berjaya meraih tempat kedua pada tahun debutnya.
“Saya mula minat bermain sejak 2017 iaitu ketika saya berusia 9 tahun dan ia timbul apabila saya melihat ada budak-budak main poket bike ketika saya berada di Melaka. Jadi saya pun minta ayah saya belikan dan mula dengan menyertai mini bike Cub Prix. Di situlah mula perjalanan saya seorang pelumba dua roda.
“Saya akur dengan betapa bahaya sukan ini dan lagi-lagi saya yang bertubuh badan kecil. Tetapi minat yang mendalam dan cinta akan motorsikal serta kelajuan membuatkan Adie terus menganjak ke depan tanpa memandang belakang walau apa jua cabaran harus saya redah. Di Cub Prix cabaran utama saya membawa motor ‘cub’ dengan bertubuh kecil.” jelaskan Aie.
Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi, prestasi Adie dalam kategori Yamaha Super Series pada musim ke-29 ini cukup menakjubkan apabila menamatkan saingan setiap pusingan sejak MCP membuka tirainya dengan menjejak kaki di podium dan hanya terlepas saingan pusingan ke-9. Berbaki lagi satu pusingan Adie berada di kedudukan yang sukar digugat dengan 195 mata dan sudahpun digelar juara kategorinya.
Cili padi itu juga berjaya memikat hati Yamaha Maju Motor untuk beraksi di kategori Novice, CP125 dengan melangkah satu tangga iaitu WIRA KBS!
“Adie agak terkejut bila dapat tawaran tersebut. Saya amat berterima kasih kepada Yamaha Hong Leong sebab memberi kepercayaan kepada kemampuan saya. Adie rasa usaha dan segala pengorbanan yang dilakukan kedua ibu bapa saya tidak rugi. Buat masa ini saya beraksi dengan bantuan ayah. Dia yang menanggung segala kos perlumbaan dengan kerja siang dan malam serta ibu saya yang menyediakan segala keperluan saya dan kakak saya, dini yang juga pelumba Cub prix tidak pernah jemu mengajar saya.
Apabila ditanya adakah peralihan kategori lebih tinggi akan memberi tekanan, Adie berkata, “Semua bidang yang kita ceburi akan ada tekanan. Bagi saya pun, memang ada rasa tekanan setiap kali perlumbaan tetapi saya pegang pada kata-kata Ibu Bapa saya. Jangan putus asa atau cepat penat jika ketika melalui tempoh kekalahan. Jangan sesekali mengeluh dan sentiasa berfikiran positif.
“Saya mahu mengguna peluang ini sebaik mungkin. Ia adalah langkah pertama bagi saya untuk merealisasikan impian saya untuk berada di persada dunia suatu hari nati dan saya harap ia tidak akan ambil masa yang lama untuk mengharumkan nama Malaysia. Saya mahu beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia.”
Juara Yamaha Super Series bagi musim 2022 itu, tidak mahu melepaskan peluang di Finale MCP untuk mengakhiri saingan dengan merangkul podium walaupun sudah digelar Juara dan tetap mahu memberi yang terbaik untuk mengutip mata maksimum. Menurutnya pengakhiran dengan kejayaan akan membantu untuk membuka lembaran baharu dengan lebih bersemangat di musim depan.
“Setiap pusingan adalah medan menimba ilmu bagi Adie. Jadi bagi saingan terakhir saya masih tekad untuk mendapatkan podium Ia sedikit sebanyak akan meningkatkan semangat saya untuk musim depan.
“Bagi musim depan, ia adalah tahun debut bagi saya dalam kategori yang merangkumi pelumba-pelumba berpengalaman dan juga mereka yang sudahpun menjelajah pelbagai negara mempamerkan kebolehan mereka. Jadi, tahun depan adalah tahun menimba pengalaman. Saya akan cuba yang terbaik untuk belajar daripada abang-abang senior tetapi saya masih mempunyai sasaran. Saya akan cuba yang terbaik untuk menempatkan diri dalam kelompok sepuluh terbaik”
Ia bukan mudah untuk beralih ke kategori lebih tinggi seawal tahun kedua namun ia terletak pada kerja keras dan bakat masing-masing. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Adie!
BERJAYA MEMIKAT HATI PASUKAN INDUSTRI, MARA KE KELAS NOVICE MUSIM DEPAN– ADIE PUTRA