Setiap kategori yang dipertandingkan dalam Kejuaraan Malaysia Cub Prix memainkan peranan kepada pembangunan dan perkembangan pelumba-pelumba sebagai batu loncatan pertama kepada kerjaya mereka sebagai pelumba.
Sebahagian pelumba muda memulakan perlumbaan profesional mereka dengan siri perlumbaan satu pengeluar seperti Petronas, Honda dan Yamaha, iaitu kelas yang diperkenalkan oleh pengeluar-pengeluar khusus untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang perlumbaan.
Peringkat penyertaan paling asas adalah kelas Pro-Am Cup. Kelas ini adalah khusus buat pelumba persendirian yang tidak mengikat sebarang kontrak bersama pasukan dan tanpa sebarang penaja komersial. Tanggungan kos sepenuhnya terletak di atas bahu seorang pelumba yang menyertainya.
Di sinilah kita dapatkan saksikan pelumba-pelumba yang mengatasi segala rintangan untuk merealisasikan impian mereka. Setiap anak muda akan cuba mempamerkan aksi cemerlang untuk memikat perhatian pasukan-pasukan yang mahukan bakat-bakat baharu
Apa yang mereka ingini? Apa yang mereka dapat sehingga mereka mengerah keringat untuk berada di trek litar itu walaupun berbahaya? Jom kita dengarkan.
AZRUL AFFENDI HADI
QI: Apa yang membuatkan untuk menceburi sukan yang boleh disifatkan bahaya ini dan kenapa ia sangat bermakna bagi kamu?
A1: Sukan ini memang bahaya tetapi ia bukan bahaya jika dipraktis dengan cara yang elok seperti apa yang kita dapat lihat di MCP ini. Kita belajar segala teknik di sini. Buat masa ini saya memang mengeluarkan kos sendiri. Setiap kali perlumbaan di trek-trek berbeza saya tidak pernah jemu untuk travel ataupu keluarkan kos. Hanya satu sebab, Minat!Insyallah musim depan musim yang lebih baik.
Q2: Bagaimana sukan permotoran terutamanya MCP membantu untuk membawa diri ke lebih depan & membantu dari segi pembinaan jati diri?
A2: Bagi saya, sukan permotoran membuat saya seorang yang tidak putus asa. ‘Keep trying and trying! Keep pushing all your limits!’
Kedudukan terkini selepas Sembilan pusingan Kejuaraan Malaysian Cub Prix, Azrul mendahului kategorinya dengan 168 namun jurang mata dengan pencabar utama Mohd Zulhilmi Yazid tidak banyak berbeza.
ZULHILMI YAZID
A1: Sukan permotoran ini sangat bermakna saya, pertama sekali sebab minat seperti semua pelumba yang ada di seluruh dunia. Tetapi saya ada sebab paling bermakna bagi saya ia menyatukan keluarga saya. Setiap kali saya berlumba kesemua ahli keluarga saya akan berada sama dan setiap kali selepas kemenangan kami akan pergi makan-makan untuk meraih kemenangan itu.
A2. Sukan ini selalu kita dengan satu sukan yang kejam. Bagi saya sendiri pun saya pernah lalui macam-macam. Pahit dan manis. Tetapi setiap dugaan dan cabaran membuatkan saya lebih matang dan motivasinya semakin tinggi untuk menjadi pelumba yang lebih baik. Saya konsisten pada setiap pusingan tetapi pusingan lepas saya DNF sebab isu mekanikal. Saya redha dan terima ketentuan Allah. Platform ini mengajar saya untuk mengawal emosi saya dengan lebih baik dan bertindak matang.
Berbaki lagi satu pusinga sebelum Kejuaraan MCP menutupkan tirainya, Zulhilmi masih mempunyai peluang untuk memperkukuhkan kedudukannya dan merangkul kejuaraan musim 2022.
Sementara, berada di tangga ketiga pelumba asal Johor, Mohd Aeiman Hafidz Sharil pula berkata…
AEIMAN HAFIDZ SHARIL
A1: Bagi saya, ini adalah permulaan bagi segalanya dalam kehidupan saya. Sehingga hari ini, semua yang saya fikir hanya motor, motor dan motor! A2: Sukan permotoran buat saya sedar apa kemampuan saya dan memberi satu hala tuju dalam kehidupan saya. Bukan senang bagi seorang manusia untuk kekal berdisiplin. Kena pergi fitness, jaga berat badan, jaga makanan, kena pandai mengatur masa dan pelbagai cabaran. Semua ini memerlukan disiplin yang cukup tinggi untuk dihadapi. Saya boleh janjikan MCP bukan hanya memberi peluang untuk merealisasikan impian setiap orang yang minat motorsikal tetapi di sini juga lahir ramai manusia yang berakhlak dan seorang yang berjiwa kental.