fbpx

WIRA KBS : ‘LUBUK EMAS’ BAKAT SUKAN PERMOTORAN


Kategori Wira yang telah wujud selama dua dekad ini ternyata telah menjadi platform melahirkan pelumba negara yang mampu bersaing di pentas antarabangsa. Ia juga boleh  disifatkan sebagai lubuk emas di mana ‘emas’ itu adalah bakat-bakat muda yang boleh melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi sehingga ke persada antarabangsa.

Pada tahun 2017, dengan jalinan kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan, kategori tersebut mula digelar kategori WIRA KBS. Perlumbaan kategori Wira KBS ini dikhususkan kepada pelumba berusia 13 hingga 17 tahun dimana kebanyakan pelumba yang tamat beraksi dalam kelas satu pengeluar akan beralih pula ke kelas ini.

Antara pelumba-pelumba terkenal seperti Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, Syarifuddin Azman dan ramai lagi mula menyinar dari kategori yang telah diperkenalkan pada tahun 2002 itu dan kini ia terus melahirkan bakat-bakat baharu.

Platform ini selalu menjadi perhatian pelumba muda yang mempunyai minat yang mendalam untuk memulakan karier mereka dalam industri sukan permotoran dua roda. Apa yang mereka belajar ketika zaman ‘Rookie’, jom kita dengarkan.

MOHD ADAM HAIKAL

Q1: Apa yang mendorong untuk menceburi sukan permotoran dan betapa bermakna sukan ini ?

A1: Sukan permotoran sesuatu yang saya minat sejak kecil lagi. Ayah saya yang mula notis bakat saya dan beliau adalah tulang belakang saya sehingga hari ini. Misi utama saya untuk membanggakan beliau. Saya kini berada di tangga pertama dengan baki satu pusingan. Jika saya dapat digelar sebagai juara keseluruhan, mesti ia akan membanggakan ayah saya. Apa lagi yang akan menjadi lebih bermakna bagi seorang anak selain membanggakan ibu bapa?

Q2 : Bagaimana sukan permotoran terutamanya MCP membantu untuk membawa diri ke lebih depan & membantu dari segi pembinaan jati diri?

A2: Saya boleh katakana sukan ini mengubah karakter saya serratus peratus. Menjadikan saya seorang yang lebih sabar dan sentiasa berfikiran untuk berjaya. Ia adalah platform menimba ilmu. Jadi, saya kena belajar sebanyak mungkin. Di MCP saya belajar untuk sentiasa sedia untuk mengetahui benda-benda baru dan meluaskan lagi pengalaman. Di sini juga saya belajar untuk tidak takut untuk menonjolkan ‘skill’ saya tanpa keraguan.

MOHD SYAMIL AMSYAR

A1: Bagi Syamil ini adalah masa depan saya. Ini adalah hala tuju saya. Setiap manusia mahu melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan mereka dan bagi saya ini adalah peluangnya untuk membuktikan kemampuan saya sekaligus melakar sesuatu yang bermakna.

A2: Syamil masih lagi belajar pelbagai perkara di sukan ini dan terutamanya di MCP. Pembinaan jati diri itu adalah penting bagi setiap manusia dan sebagai pelumba sejak saya berkecimpung dalam sukan ini, macam-macam saya belajar. Saya banyak disiplinkan diri terutamanya ketika menjaga kecergasan diri. Untuk kekal ‘fit’ memang perlukan tahap disiplin yang tinggi dan ia sedikit sebanyak membantu keadaan mental saya juga untuk hadapi setiap perlumbaan.

Berbaki lagi satu pusingan, ia agak mustahil bagi Syamil untuk merebut gelaran bagaimanapun beliau percaya berada di tangga kedua, sudah cukup memadai dan akan memberi yang terbaik untuk mengakhiri saingan Finale di atas podium.

MOHD DANISH AIMAN ZAMRUL

A1: Pada suatu ketika saya tidak sangka saya mampu beraksi sebagai pelumba profesional di trek sebenar. Tetapi hari ini saya berada di sini. Ini dah cukup bermakna bagi saya tetapi ia tidak akan berakhir di sini. Saya akan menjadikan perjalanan ini lebih bermakna dengan pergi lebih jauh

A2: Kalau tanya saya, sukan ini sudah megubah kehidupan saya 360darjah. Saya seorang yang ebih konsisten berbanding sebelum ini san saya masih lagi menimba banyak lagi ilmu. Denga harapan untuk memikat pasukan industri, pelumba-pelumba kategori WIRA KBS berentap ke saingan terakhir Kejuaraan Malaysian Cub Prix musim ke-29 di Batu Kawan, minggu ini.