fbpx

CP150 : SUKAN PERMOTORAN BUKAN SEKADAR BERLUMBA MALAH MELAHIRKAN INSAN LEBIH BERMAKNA


Sukan permotoran di Malaysia taklah sepopular bola sepak. Tapi, sejak Hafizh Syahrin menjadi pelumba Malaysia pertama dan beberapa lagi pelumba melakar nama di pentas dunia apabila layak ke Kejuaraan Dunia Motosikal, MotoGP, ianya dah membuka mata ramai pihak.

Bak kata pepatah cendawan tidak tumbuh tanpa hujan dan pokok, bakat tidak akan tampil tanpa sokongan dan platform yang betul. Bagi pelumba Malaysia pula, Kejuaraan Malaysian Cub prix menjadi platform tersebut untuk mekar dan menyinar di persada dunia.

Sukan dua roda ini terutamanya Kejuaraan MCP bukan sahaja mempamerkan bakat mereka tetapi ia juga meningkatkan jati diri setiap satu pelumba untuk membawa dirinya lebih ke depan.

Raja litar bagi kategori CP150, Mohd Afif Amran yang berjaya merampas kembali gelaran juaranya bersama dua lagi pelumba kategori tersebut, Azroy Hakeem Anuar dan Nazirul Izzat Bahauddin akur dengan perubahan dirinya apabila dua soalan di tuju:

AFIF AMRAN – (RAJA LITAR CP150)

Q : Betapa bermakna sukan permotoran ini dalam kehidupan?

Sukan bermotor ini sangat bermakna bagi saya kerana dah separuh kehidupan saya dalam dunia jentera dua roda ini. Seperti orang kata, dah macam jadi darah daging dalam diri sendiri. Kalau tiada sukan permotoran dalam hidup ini, saya rasa macam tak bermakna serba tak kena.

Q : Bagaimana sukan permotoran terutamanya MCP membantu untuk membawa diri ke lebih depan & membantu dari segi pembinaan jati diri?

A: Paling utama, tempat ini mengajar saya disiplin dalam apa jua keadaan dan mengajar saya semangat yang tidak pernah putus asa dalam diri serta sentiasa befikiran positif. Ia bukan sahaja membantu ketika berlumba tetapi juga dalam kehidupan harian saya.

Sementara bagi Azroy yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung tempoh hari…

AZROY HAKEEM ANUAR – (BAPA BARU)

A1: Bagi saya pula, sukan permotoran ni ibarat tempat saya mencari rezeki. Apabila ditambah lagi dengan minat ia menjadi keutamaan dalam kehidupan saya. Satu hari nanti saya pasti akan capai impian saya untuk sampai Kejuaraan Motosikal Dunia.

A2: Sukan permotoran Ini memerlukan disiplin yang tinggi di atas trek mahupun di luar trek. Dan sudah pastinya apa jua bidang kita ceburi disiplin adalah perkara utama yang harus diterapkan untuk maju ke depan. Saya boleh pastikan, diri saya lebih matang dan teratur selepas menyertai dunia permotoran terutamanya MCP.

NAZIRUL IZZAT BAHAUDDIN – (SENYUMAN TIDAK PERNAH KURANG )

A1 : Makan, minum, tidur, mandi dan apa lagi rutin harian.. 24/7 saya hanya fikir pasal motor dan kehidupan saya pun hanya bergantung pada motor. Saya sangat-sangat minat terhadap Motor. Alhamdulilah impian tidak berakhir hanya sekadar keinginan tetapi menjadi kenyataan. ‘Thanks to MCP’

A2 : Menang atau kalah adalah adat perlawanan. Tetapi menghadapi kekalahan itu adalah paling penting. Di dunia sukan permotoran ini, apabila melangkah secara profesional di MCP saya belajar semangat tidak putus asa apabila mengahapi kekalahan. MCP menjadikan saya seorang berfikiran lebih matang dan satu lagi DISIPLIN. Setiap kali saya akan tekankan disiplin sangat penting dalam kehidupan seorang pelumba dan di sini saya belajar untuk  lebih berdisiplin dan pandai mengaturkan masa saya dengan lebih baik. Bagi musim ke-29, walaupun Afif Amran sudahpun digelar sebagai juara keseluruhan tetapi semangat untuk mengakhiri saingan terakhir Kejuaraan MCP masih terkobar-kobar dalam diri mereka.