Tahukah
anda?
Engine Control Unit
ECU bermaksud Engine Control Unit atau juga dikenali sebagai Engine Control Module (ECM). Ia merupakan ‘otak’ untuk mengawal keseluruhan operasi elektronik pada enjin motosikal terutama untuk mengawal susun atur pembakaran dalam kebuk pembakaran.
Kawalan dibuat hasil daripada kombinasi beberapa sensor untuk mengesan perubahan dan ECU akan mengkaji semua maklumat ini dan melakukan penalaan setiap masa. Ia membolehkan hantaran tenaga jauh lebih lancar.
Motosikal anda seperti sentiasa ditala untuk prestasi maksimum. dan penggunaan bahan api yang paling ekonomi atau optimum bergantung pada penalaan yang ditetapkan.