fbpx

IRFAN BELAJAR MENERUSI PENGALAMAN

Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing akan meneruskan perjuangannya di pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP125 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) pada hujung minggu ini.

Bagi pelumba yang berlumba buat pertama kalinya di kategori perlumbaan ini, Irfan kelihatan bergelut untuk mencari momentumnya. Pada dua perlumbaan pertama, beliau gagal menamatkan perlumbaannya. Walaupun beliau berjaya menaiki podium di pusingan ketiga, di tempat ketiga, pusingan keempat gagal membekalkan sebarang mata baginya.

Walau bagaimanapun, Irfan tidak mudah mengalah. Pada pusingan kelapan yang berlangsung di Litar Tangkak, beliau berjaya di tangga pertama. Dengan pencapaiannya yang hebat, jelas Irfan adalah seorang pelumba yang berkaliber dan mampu mempelajari selok-belok kategori perlumbaan ini dengan pantas.

Kini, Irfan menduduki tangga kelapan secara keseluruhan dengan jumlah 57 mata. Peluang untuk menaiki ke kedudukan lima ke atas mungkin tipis bagi Irfan di musim ini, namun begitu, beliau telah mempamerkan kebolehannya untuk bersaing di antara pelumba-pelumba lain yang lebih mantap di kategori ini.

Menurut Irfan, “Pada mulanya, ia sememangnya sukar bagi saya untuk mengendalikan jentera bagi kategori CP125 kerana saya masih belum mencari keserasian dengan jentera. Untuk tahun ini, saya masih mencari penalaan dan pengalaman untuk menjadi lebih bagus. Bagi saya, jentera saya tiada masalah, cuma persaingan dalam CP125 tidak sama dengan kategori Wira KBS.”

“Bagi saya, saya lebih mengemari litar Tangkak kerana ia adalah litar teknikal. Namun begitu, bagi pusingan yang akan datang, saya akan teruskan mencari “setup” jentera yang lebih baik supaya dapat meraih tempat di podium. Buat masa kini, mengejar juara keseluruhan sememangnya sukar tetapi saya akan berusaha lebih di tahun untuk agar dapat bertanding dengan lebih kompetitif di tahun depan.

Pengurus pasukan Honda KC Racing berkata, “Pasukan kami sangat berpuas hati dengan peningkatan Irfan setakat ini dan juga dengan pencapaiannya ke podium baru-baru ini. Bagi perlumbaan yang akan datang, pasukan kami telah membuat persediaan yang baik dari segi penalaan enjin jentera dan strategi.”

“Bagi pasukan kami, cabaran ulung adalah untuk mengekalkan kedudukan kami di podium. Walau bagaimanapun, kami berharap dapat meraih podium sekali lagi pada pusingan yang akan datang.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook