Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan, pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara bagi kategori CP150.
Azroy yang telah mendapat tempat kedua pada pusingan lepas telah menampilkan prestasi yang baik di litar Sepang apabila berjaya mencatatkan masa 1’16:042s dengan perbezaan 0.405s daripada pelumba di belakangnya iaitu, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy yang juga merupakan pelumba sepasukan dengan beliau. Catatan masa ini juga merupakan rekod masa lap yang baru.
Azroy kini menduduki tempat keempat secara keseluruhan. Pada sesi latihan bebas satu, beliau juga telah mencatatkan masa terpantas 1’16:663s. Walaupun Azroy tidak dapat meneruskan sesi latihan bebas kedua disebabkan oleh masalah teknikal pada enjin jentera, Azroy masih mampu berjuang untuk mendapatkan masa yang terbaik di sesi kelayakkan.
Menurut Azroy, “Pada sesi FP2 tadi, saya baru keluar dua lap dan mengalami kerosakkan di bahagian enjin. Walau bagaimanapun, pasukan saya telah bekerja keras untuk menukar bahagian tersebut. Pada sesi kelayakkan tadi, kami tidak mempunyai data yang mencukupi. Oleh itu, kami hanya memberikan yang terbaik. Sememangnya rekod tersebut amat mengejutkan tetapi ia adalah suatu permulaan yang positif bagi kami.”
Pandangan beliau dengan prestasi rakan sepasukannya, Azroy berkata, “Kalau ikutkan, pasukan kami memang inginkan kemenangan 1-2, bukan untuk hari ini sahaja malah untuk keesokkannya juga. Walaupun kami ada membuat perancangan, bukan semuanya akan berjalan dengan lancar tetapi kami akan buat yang terbaik.”
Di tempat kedua terpantas, Shahrol mencatatkan masa terpantas, 1’16:447s.
Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatakan masa ketiga terpantas dengan catatan 1’16:481s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook