Di kategori Wira KBS Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Farres Putra Md Fadhil dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING berjaya menguasai litar dalam penampilan sulungnya di Batu Kawan itu apabila mencatat masa terpantas di sesi kelayakan.
Md Adib Arsyad Md Hisam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING menamatkan sesi Latihan 2 dengan catatan masa terpantas 54:632s. Dengan jurang 0:043s di belakangnya, Farres Putra Md Fadhil yang mencatat 54:675s menduduki di tempat kedua. Manakala Md Akif Abdullah dari HONDA KC RACING raih tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 55:361s.
Pada sesi kelayakan, Farres berjaya menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan masa terpantas 54:551s, menempatkan Adib yang mencatat 54:611s di tempat kedua diikuti Md Iman Fahmi Senin dari WINBOX KM+ AXLA dengan catatan masa terpantas 55:076s.
Farres berkata, “Bersyukur sangat kerana pasukan menyiapkan jentera saya dengan sangat baik. Dan kita tahu pusingan terakhir ini kami mempunyai misi untuk merebut juara keseluruhan. Jadi mendapatkan tempat pertama adalah satu rezeki, terima kasih sangat kepada pasukan yang bekerja keras. Saya berharap esok dapat pamer aksi lebih baik daripada hari ini”.
Top 5 Fastest – Qualifying Session
Round 10
Wira KBS
- Farres Putra Md Fadhil – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (54:551s)
- Md Adib Arsyad Md Hisam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (54:611s)
- Md Iman Fahmi Senin – WINBOX KM+ AXLA (55:076s)
- Raiyan Khardanee Md Sanusi – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (55:546s)
- Md Akid Md Shah Khearul Nisiam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (55:675s)