Di Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang hari ini menyaksikan Arash Tsunami Kamarudin dari YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kategori CP125 A.
Pada sesi latihan 2, Danial Johan dari ONEXOX TKKR RACING TEAM mencatatkan masa terpantas 54:126s. Di belakangnya adalah Md Khairi Asyraf Mahmood dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM yang mencatat 54:264s. Md Idlan Haqimi Raduan dari CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING menduduki tangga ketiga dengan catatan masa terpantas 54:283s.
Pada sesi kelayakan, Arash memintas kedudukan Danial apabila mencatatkan masa terpantas 53:935s, menempatkan Danial yang mencatat 54:231s di tempat kedua, diikuti Khairi yang mencatatkan masa terpantas 54:241s.
Arash berkata, “Syukur alhamdulillah. Pada sesi kelayakan tadi saya cube sehabis baik untuk melayakkan diri ke sesi ‘Shootout’ pada hari esok dan terima kasih pada pasukan kerana telah menyediakan motor yang sangat cemerlang pada hari ini, saya akan buat yang terbaik untuk pusingan terakhir ini inshaallah.”
Manakala kategori CP125 B menyaksikan catatan masa pelumba-pelumba terkesan dengan perubahan cuaca. Meskipun hujan lebat, Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan.
Ketika sesi latihan 2, Md Irfan Haykhal Amidi dari HONDA KC RACING mencatatkan masa terpantas 53:945s sekaligus meletakkan Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING yang mencatat 54:028s di tempat kedua, diikuti Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 54:051s.
Kemudian pada sesi kelayakan, Syamil mencatatkan masa terpantas 55:543s diikuti Irfan dengan catatan masa terpantas. Manakala Md Afizi Supaat dari ONEXOX TKKR RACING TEAM menduduki tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 57:052s.
Top 5 Fastest – Qualifying Session
Round 10
CP125 (A)
- Arash Tsunami Kamarudin – YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS (53:935s)
- Danial Johan – ONEXOX TKKR RACING TEAM (54:231s)
- Md Khairi Asyraf Mahmood – JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (54:241s)
- Md Idlan Haqimi Raduan – CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING (54:392s)
- Md Farish Iqmal Khayrul Elyas – HONDA KC RACING (54:550s)
CP125 (B)
- Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (55:543s)
- Md Irfan Haykhal Amidi – HONDA KC RACING (56:583s)
- Md Afizi Supaat – ONEXOX TKKR RACING TEAM (57:052s)
- Md Aliff Danial Md Asri – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (57:060s)
- Aqeel Danish Zairmanhady – CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING (57:451s)