fbpx

‘MUKA BAHARU’ TUNJUK KEMAMPUAN


OMR-honda-02Saingan kategori satu pengeluar Honda kembali dengan semangat baharu dan nama baharu yang dikenali sebagai Cabaran Honda Wave Alpha yang menyaksikan rata-rata ‘muka-muka baharu’ yang menunjukkan kemampuan pada musim ini.

Perlumbaan pusingan satu Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang diadakan di Litar MAEPS, Serdang kali ini menyaksikan pelumba muda Mohd Ariff Adam Hamdan menguasai saingan dengan catatan terpantas pada sesi ujian masa.

Dengan catatan masa 56.428 saat Ariff bakal memulakan perlumbaan akhir di petak utama dan memiliki peluang cerah untuk meraih kejuaraan kali pertamanya dalam kategori ini.

Sementara pelumba yang berpengalaman pada musim lalu, Mohd Haziq Mohd Hamdan pula hanya ketinggalan 0.100 saat dibelakang Ariff sekaligus bakal bermula di petak kedua.

Manakala Mohd Hanif Mohd Isnaini yang juga merupakan ‘muka baharu’ mencatatkan keputusan ketiga terpantas dengan masa 56.683 saat.

Saingan yang dilihat seimbang diantara pelumba baharu dan berpengalaman ini sekaligus membuktikan tiada kelebihan kepada mana-mana pelumba dalam perlumbaan seumpama ini dan peluang untuk memenangi perlumbaan adalah sama rata.

, ,