fbpx

PENAMPILAN SULUNG, PENGALAMAN BERHARGA – KC OLIEY


Pada awal tahun musim 2023, wujudnya sebuah pasukan baharu dengan kerjasama antara jenama barangan penjagaan diri terkenal iaitu Bad Lab bersama pasukan gergasi sukan permotoran, Boon Siew Honda Racing Team, dan dinamakan, Bad Lab Honda KC Racing yang menampilkan empat pelumba muda.

Bad Lab mengumumkan inisiatif baharu ini dengan kempen yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’, ia merupakan sebahagian dari misi BAD LAB untuk melahirkan bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan berkaliber agar satu hari nanti dapat melebarkan sayapnhya di arena antarabangsa.

Walaupun ini merupakan penampilan debut mereka pada Kejuaraan Malaysian Cub prix  musim 2023, pasukan baharu ini telah mempamerkan satu prestasi yang agak memberangsangkan sekaligus barisan pelumba yang ditampilkan berjaya memberi saingan yang hebat kepada setiap pelumba dalam kategori WIRA KBS.

Pengurusnya, KC Oliey berkata pasukannya melihat peluang ini lebih kepada menimba pengalaman dan menguji ‘spare-part’ sekaligus memberi peluang kepada anak muda di luar sana untuk menceburi sukan permotoran dengan cara yang lebih sihat. Beliau percaya ia juga akan kurangkan penglibatan remaja dalam aktiviti yang tidak sihat seperti ‘Mat-Rempit’.

“ Idea Penubuhan pasukan BAD LAB Honda KC Racing team tercetus, setelah beberapa perbincangan dan kerjasama dengan pihak Honda. Berobjektif untuk pembangunan serta mendedahkan pelumba muda dengan data-data telemetri dan terma yang digunakan untuk memudahkan pemahaman apabila diberi peluang ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara kelak.

“Itu misi utama kami. Untuk menubuhkan sebuah pasukan yang baru memang merupakan proses yang sukar. Kesulitan yang amat dirasai apabila kekurangan peralatan dan perkakasan yang sesuai untuk membina sebuah jentera perlumbaan yang kompetitif. Alat istimewa perlumbaan (Special Racing parts) juga memain peranan kerana kebanyakan nya di perolehi dari luar negara. Buat masa ini kami berjaya menyediakan keperluan untuk setiap pusingan yang sudah berlalu dan yang akan datang.

“Bagi musim apa yang kami sasarkan adalah pendedahan dan pada masa yang sama kami juga meletakkan sasaran untuk podium tetapi kami tidak mahu memberikan tekanan yang tinggi kepada pelumba agar fokus mereka tak jejas. Mereka masih muda dan mereka juga memerlukan pengetahuan dan pengalaman cara mengendali jentera serta diri mereka sendiri di dalam dan juga di luar litar.

“Selepas enam pusingan, apa yang saya dapat lihat prestasi mereka berubah secara berperingkat dan ia adalah positif. Apa yang kami lakukan  sedang membuahkan hasil. Fokus kami sentiasa mengutamakan latihan dan juga strategi dan hasil titik peluh kami agak memberangsangkan. Farish dan Adib menunjukkan satu prestasi yang memuaskan tetapi masih awal lagi nak buat kesimpulan. Setakat ini kami puas hati” katanya Oliey.

Kemenangan sesebuah pasukan tidak akan muncul hanya kerana pelumba, malah ia merangkumi beberapa pakar penyediaan jentera ‘ Mekanik’, pemantau perlumbaan sebelum dan selepas dan pelbagai. Dalam sudat pandangan Oliey, komunikasi antara setiap orang dalam satu pasukan adalah sangat penting demi kecemerlangan sesebuah pasukan.

““Yang paling pentin adalah komunikasi dan sikap menghormati. Tanpa mengira kaum, umur, kedudukan, dalam pasukan ini, sikap menghormati itu akan sentiasa diberi keutamaan. Sebab disebalik satu perlumbaan bukan hanya ada seorang pelumba dan jentera. Jika tiada siapa kerja di sebalik tabir tiada lah jentera untuk nak berlumba. Jadi, komunikasi antara mereka sentiasa kena berada dalam keadaan harmoni dan efektif.

“Bagi saingan Seterus di Litar Permotoran Terengganu, kami telahpun dapat mengesan apa yang kurang sejak awal lagi. Permulaan bagi Farish dan Adib tidak begitu baik tetapi pada dua pusingan yang lalu mereka telah mengakhiri saingan di podium. Jadi kami dapat kesan dari sana apa yang perlu diperbaiki.

“Setahu saya litar di Terengganu bukan litar yang mudah tetapi saya yakin ‘these boys’ akan beri yang terbaik. Kita sama-sama tunggu lah, minggu ini.” jelas Oliey.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook