“Kalau kita lihat, setiap kali perlumbaan di Litar Terengganu, podium mesti akan jadi milik sama ada Kasma, Afif ataupun Azroy.. bagi Afif laman sendiri.. bagi Azroy dan Kasma laman mentua.. enggak pasti duh apa magis mereka di sana! Ha ha ha… Gurau je.. tetapi kali ini saya nak ‘all out’ untuk cuba berada di podium.” tekad pelumba Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz.
Walaupun permulaan bagi pelumba kelahiran ibu kota itu di Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix musim 2023, tidak begitu memberangsangkan apabila membuka tirai saingan tanpa mengutip sebarang mata.
Tidak boleh dinafikan setiap pelumba yang membuka lembaran baharu pada setiap edisi akan menginginkan permulaan yang positif agar dapat motivasi untuk meneruskan momentumnya pada pusingan yang akan datang dan jika gagal buat demikian ia tetap akan memberi sedikit kekecewaan sekaligus sedikit sebanyak menjejaskan konfidennya. Namun, bagi Akid apa yang berlakunya adalah skrip yang berbeza!
“Memang tipu lah kan kalau kata tak kecewa.. kecewa itu memang ya tetapi saya tidak putus asa. Saya rasa ketika itu ada sebab yang munasabah untuk saya menjadikan kekalahan itu sebagai batu api untuk saya beraksi lebih baik di pusingan-pusingan yang lain. Ya, memang orang kata mula dengan langkah kanan baru ada semangat nak ‘push’ kan.. tetapi bagi saya kali ini ia berbeza..
“Musim ini saya bawa jentera baru dan dengan adanya sedikit teknikal di mana saya leambat mengesan masalah itu. Jadi, pusingan satu lebih sesi mengenal dan menyesuaikan diri dengan cara pengendalian jentera. Selepas itu, kami perbaiki apa yang perlunya satu demi satu pada setiap pusingan. Saya terima kekalahan saya dan tetap kecewa tetapi saya langsung tak rasa nak ‘give up’. Saya ini memang bukan jenis yang putus asa semudah itu. Saya mula ceburi sukan ini pun tanpa mengetahui apa yang menunggu saya di masa depan ketika umur 5 tahun dan kini saya berada di sini sebagai seorang pelumba profesional.
“Saya bermula dari pocket bike, ketika saya berusia 5 tahun sehingga 7 tahun. Saya menjejaki dunia profesional melalui ‘none other than’ Malaysia Cub prix ketika saya berusia 14 tahun dalam kategori OMR Honda wave. Pada awalnuya, saya hanya ikut apa yang ayah suruh. lama kelamaan saya mula berminat dengan sukan perlumbaan motosikal dan di situ lahirnya perjalanan saya di litar sebenar bukan hanya di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat Asia dan saya juga pernah berlatih di Akademi Valentino Rossi.”
Bekas juara kategori CP115 itu, pernah berkelana itu Itali untuk berlatih di Akademi Valentino Rossi pada tahun 2017. Akid juga beraksi di saingan Asian Road Racing Championship, ARRC, sejak 2013 dan kini dalam kategori UB150.
Pelumba berusia 25 tahun itu juga pernah muncul juara keseluruhan kelas UB150 pada tahun 2017 yang juga merupakan tahun menguasai CP115 buat kali kedua di medan Malaysian Cub Prix.
“Pada awalnya agak sukar untuk mendapat rentak perlumbaan dan saya telah mengharungi pelbagai cabaran untuk berada di mana saya berdiri sekarang. Tetapi ayah banyak support saya, dia sediakan motosikal dan segala alat untuk saya berlatih dengan keadaan motor yang tak seberapa hebat. Walapun keadaan motor bukan seperti motor perlumbaan. ayah tidak menyerah dan tetap bertungkus lumus untuk menyediakan keperluan saya. Saya bersyukur!
“Dalam kategori CP150, saya mula bersaing di kelas ini sejak 2018. Ini merupakan tahun ke-enam saya beraksi di kelas ini dan banyak ‘up and down’ saya lalui tetapi saya belum pernah berjaya menawan kategori ini. Seperti saya kata tadi, kekalahan pada awal musim telah beri saya semangat yang berbeza kali ini dan sebagai membuktikan keyakinan saya, setiap pusingan selepas itu saya dapat mengakhiri di atas podium. Alhamdulilah! Saya boleh katakan, ini adalah satu musim yang saya boleh menyifatkan sangat memuaskan dan ini juga satu pencapaian yang baik dalam karier saya.
Berbaki lagi 4 pusingan bagi edisi yang cukup bermakna bagi Kejuaraan Malaysian Cub Prix yang mencecah usia 30 tahun ini, Akid kini mendominasi Kelas CP150 dengan mengutip 101 mata. Ingin menguasai Litar Terengganu minggu ini, Akid waspada dengan cabaran yang akan dibawa pencabar utamanya.
“Untuk perlumbaan ni saya akan cuba untuk kekal berada di podium, walaupun ia agak sukar bagi saya sebab apa yang saya lihat, setiap pusingan terengganu hanya lah orang yang sama kekal di podium, seperti Kasma, Afif dan Azroy akan memberi cabaran yang besar buat saya di Terengganu ini. Selain itu,juga saya struggle nak konsisten kan lap times saya sehingga tamat perlumbaan. Insyallah untuk pusingan Terengganu ini semuanya akan berjalandngan lancer dan saya akan cuba beraksi dengan lebih baik. “Keinginan untuk meraih gelaran juara itu adalah sasaran utama dan juga memandangkan saya berada di landasan yang boleh saya meraih gelarannya musim ini, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada ini. saya akan cuba konsisten dan tetap bersedia dngan cabaran berbaki 4 pusingan lagi.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook