fbpx

PASUKAN YYPANG PANTAS DI MEDINI


Pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Bandar Iskandar Medini. Md Khairi Ashraf dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas bagi kategori CP125.

Di sesi latihan bebas yang berlangsung pada pagi tadi, pasukan Jetron YYPang Yamaha Racing kembali beraksi dengan hebat apabila ketiga-tiga pelumba mereka mencatatkan masa terpantas. Shafiq Ezzariq dengan masa terpantas pada 45’753 diikuti oleh Fareez Afeez dan Khairi Ashraf, masing-masing dengan catatan masa terpantas mereka pada 45’804 dan 45’984s. Bagi sesi latihan bebas 2 pada tengah hari tadi, Fareez Afeez mempertingkatkan usaha lalu mencatatkan masa terpantas pada 45’491s diikuti oleh rakan sepasukannya Shafiq Ezzariq dengan catatan masa terpantas pada 45’640s. Di tempat ketiga terpantas adalah Adie Putra dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa pada 45’786s.


Di sesi kelayakan pada petang tadi, Khairi Ashraf mempertingkatkan prestasinya sebelum mencatatkan masa terpantas pada 45’468s. Khairi yang kini menduduki tempat pertama secara keseluruhan dengan jumlah 109 mata akan bertanding dengan rakan sepasukannya, Shafiq yang tidak kurang hebat di Litar Medini dalam pertaruhan yang akan menentukan kedudukan secara keseluruhan bagi kedua-dua pelumba tersebut.

Menurut Khairi, “Saya telah mencuba sedaya upaya tadi. Di FP1 and FP2, kami telah mendapat “setup” jentera yang hebat. Jadi pada masa kelayakan tadi, saya dapat buat masa lap yang baik. Menang itu, terpulang pada rezeki. Sudah pasti saya ingin memenangi pusingan ini kerana ini adalah kampung halaman saya. Tetapi, kami secara berpasukan tidak mempunyai strategi yang tertumpu kepada saya. Kami akan bertanding secara adil sesama sendiri dan akan buat yang terbaik untuk sesi “Shoot-Out” esok.” Rakan-rakan sepasukannya Fareez Afeez dan Shafiq Ezzariq mencatatkan masa kedua dan ketiga terpantas, masing-masing dengan catatan masa 45’562s dan 45’655s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,