fbpx

AKID CEPAT KUASAI LITAR MEDINI


Pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix berlangsung hari ini buat pertama dalam 30 tahun kali di Bandar Medini Iskandar. Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan bagi kategori CP150.

Pada pagi tadi, di sesi latihan bebas, Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha mencatatkan masa terpantas pada 43’010s diikuti oleh rakan-rakan sepasukannya Afif Amran dengan catatan masa terpantas pada 43’161s dan Izzat Zaidi dengan catatan masa terpantas pada 43’164s. Di sesi kelayakan 1 tadi, Akid Aziz sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada 43’150s diikuti oleh rakan sepasukannya Izzat Zaidi dengan catatan masa terpantas pada 43’267s. Pelumba Honda, Azroy Hakeem dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mencatatkan masa ketiga terpantas pada 43’327s.

Di sesi kelayakan 2 petang tadi, Akid Aziz sekali lagi mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa yang lebih singkat pada 43’137s. Akid kini menduduki kedudukan pertama di carta keseluruhan dengan jumlah mata keseluruhan sebanyak 121 mata 7 mata lebih daripada rakan sepasukannya, Afif yang berada di tangga kedua secara keseluruhan. Walaupun litar Medini adalah litar baharu bagi pelumba-pelumba Cub Prix, Akid nampaknya berjaya memahami litar tersebut dalam masa yang singkat dan tampil dengan pencapaian yang cemerlang di sesi kelayakan.

Menurut Akid, “Untuk sesi kelayakan 2 tadi, saya ada membuat perubahan pada “setup” jentera saya. Dengan perubahan tersebut, saya lebih yakin dan dapat melengkapkan setiap lap dengan masa yang lebih baik. Walaupun mata keseluruhan Afif menghampiri jumlah mata keseluruhan saya, kami berusaha sebagai satu pasukan dan tiada strategi yang memberikan kelebihan kepada saya. Kami tetap berlumba secara adil dan akan sama-sama mencuba sedaya upaya untuk menjuarai kategori ini pada musim ini. Kami lihat kemenangan sebagai rezeki.”

Di tempat kedua terpantas adalah Md Izzat Zaidi dengan catatan masa terpantas pada 43’184s.

Azroy Hakeem Anuar mencatatkan masa ketiga terpantas pada 43’354s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,