fbpx

FARISH CATAT MASA TERPANTAS


Pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix berlangsung di Bandar Medini Iskandar buat pertama kali dalam 30 tahun. Farish Iqmal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori Wira KBS.

Di sesi latihan bebas 1 yang telah berlangsung pagi ini, Md Iman Fahmi dari pasukan Tekhne Yamaha mencatatkan masa terpantas pada 47’483s. Md Akif dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing mencatatkan masa kedua terpantas pada 47’516s. Di tempat ketiga terpantas adalah Emil Idzhar dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa terpantas pada 47’786s. Di sesi latihan bebas 2 tadi, Emil Idzhar memperbaiki masa lap dan mencatatkan masa terpantas pada 46’691s diikuti oleh pelumba-pelumba sepasukan, Md Akif dan Farish Iqmal dengan catatan masa terpantas masing-masing pada 47’018s dan 47’064s.

Di sesi kelayakan yang telah berlangsung pada waktu petang tadi, Farish Iqmal telah menyahut cabaran litar Medini sebelum mencatatkan masa terpantas pada 46’535s. Farish Iqmal kini menduduki tempat kedua secara keseluruhan dengan jumlah 105 mata, 9 mata di belakang pelumba di kedudukan pertama. Jelas ternyata beliau cekal dalam buruan takhta dan nampaknya akan bertanding dengan kompetitif dalam perlumbaan esok.

Menurut Farish, “Buat masa tadi, rakan-rakan sepasukan saya memang cuba yang terbaik untuk memaksimakan keupayaan kami. Pasukan kami memang ada strategi kami untuk perlumbaan esok dan kami akan buat yang terbaik untuk bersaing secara kompetitif.”

Di tempat kedua terpantas adalah rakan sepasukan, Adib Hareez dengan catatan masa terpantas beliau pada 46’845s.

Emil Idzhar Ezuan mencatatkan masa ketiga terpantas pada 46’964s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,