Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas kebenaran memulakan semula aktiviti sukan permotoran.
Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS bersedia untuk menjalankan aktiviti sukan permotoran mengikuti norma baru. Oleh itu, perlumbaan musim 2020 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton. Di samping itu, penggunaan teknologi digital akan dimaksimumkan untuk memastikan penjarakkan sosial tetap dipatuhi.
Dalam pada itu, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut menghargai usaha pihak Motorsports Association of Malaysia (MAM) serta Sepang International Circuit (SIC) di atas kerjasama yang telah dihulurkan dalam menyempurnakan SOP norma baru.
Pihak Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut menghargai usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas keprihatinan terhadap keperluan sukan permotoran negara.
Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan korporat di atas kesabaran dan pemahaman mereka terhadap situasi yang tidak dijangka ini.
Akhir sekali, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua barisan hadapan kami yang telah banyak berjasa dan berkorban demi menangani wabak Covid-19 di Malaysia.
Musim 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS sedia kembali beraksi. Kalendar baru musim 2020 akan diumumkan dalam beberapa hari nanti.
SOP PERLUMBAAN CUB PRIX