fbpx

KESINAMBUNGAN HIDUP PELUMBA DITITIKBERATKAN OLEH PASUKAN CUBPRIX


Julung kalinya pada awal minggu lepas, pihak yang berkepentingan di dalam Kejuaraan Malaysia Cub Prix iaitu pemilik pasukan telah mengadakan perbincangan  dan bersetuju untuk melaksanakan langkah-langkah bagi kesinambungan yang telah dirancang untuk membawa sukan ini menghadapi waktu kritikal seperti masa kini.

 

Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh pasukan daripada Honda RCB SOLARALERT Cilik Team, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Ipone Yamaha YY Pang, Idemitsu Honda Yuzy Racing, Hi-Rev SCK Honda Racing dan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing.

 

Melalui perbincangan tersebut, pemilik pasukan sebulat suara bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula pembayaran gaji para pelumba CP150 yang sebelum ini bersandarkan pada prestasi pelumba pada masa lalu. Akibat daripada pandemik Covid-19 di mana semua perlumbaan terpaksa dihentikan, setiap pasukan bersetuju untuk menggantikan kaedah yang lama iaitu elaun perlumbaan yang dibayar berdasarkan perlumbaan. Sebaliknya, pasukan bersetuju untuk  menetapkan gaji minimum untuk pelumba CP150 yang dibayar secara bulanan sebagai kaedah baru.

 

“Buat masa ini, penstrukturan semula hanya tertumpu kepada kelas CP150 kerana ini diketogorikan sebagai pelumba profesional di mana berlumba merupakan perkerjaan hakiki mereka,” kata Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, sebagai jurucakap para pemilik pasukan.

 

“Gaji minimum merupakan idea yang dicetuskan untuk memastikan setiap pelumba menerima gaji secara bulanan seperti yang dipersetujui walaupun perlumbaan dibatalkan. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu pelumba dan pasukan pada waktu sukar seperti sekarang. ”

 

Namun, Yuzy menegaskan bahawa gaji minimum bukan merupakan habuan yang boleh menggantikan bonus prestasi yang merupakan sebahagian besar pendapatan pelumba.

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *