fbpx

LOKASI PUSINGAN 5 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS BAKAL DIPINDA


Lokasi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malayisa PETRONAS bakal dipinda dari Litar Tangkak ke Litar Antarabangsa Sepang (Utara).

Langkah ini terpaksa diambil untuk mematuhi dan menghormati keputusan kerajaan negeri Johor untuk menangguhkan semua acara buat sementara.

Pihak penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, kini sedang berkerjasama rapat dengan pengurusan Litar Antarabangsa untuk memindakan lokasi Pusingan 5 ke Litar Sepang (Utara) agar pusingan tersebut masih boleh dijalankan pada hari dan tarikh yang sama, iaitu 10hb dan 11hb Oktober, 2020.

“Kami memahami dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Johor. Pada masa yang sama, kami bersyukur mendapat ruang memindahkan penajaan Pusingan 5 ke Litar Sepang dalam jangka masa yang begitu singkat. Bagi pihak Kejuaraan Cub Prix, kami meminta maaf di atas segala kesulitan yang mungkin dihadapi oleh para pelumba, pasukan serta pegawai perlumbaan,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kertas kerja mengenai pertukaran tempat sedang diproses dan menunggu kelulusan muktamad dari pihak berwajib.

, ,