fbpx

KENYATAAN RASMI: PUSINGAN KELIMA KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX DITANGGUHKAN


Pusingan Kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Musim ke-30 yang telah dijadualkan pada 8 dan 9 Julai 2023 di Litar Lumba Tangkak akan ditangguhkan disebabkan oleh kerja-kerja pembaikpulihan yang sedang berlaku di litar tersebut.

Menurut Ron Hogg, Pengarah Promosi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, “Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penangguhan ini. Keselamatan adalah keutamaan kami dan oleh itu, penangguhan ini adalah penting untuk memastikan segala kerja-kerja penyelanggaraan dan baik pulih berjalan dengan lancar. Buat masa kini, kami tidak dapat menentukan jangka masa yang akan diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut. Yang penting adalah untuk memastikan keadaan litar tersebut selamat untuk kegunaan aktiviti-aktiviti perlumbaan selepas proses baik pulih dijalankan.”

Pusingan kelima akan diteruskan di Litar Pemotoran Terengganu pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 21 dan 22 Julai 2023.

Bagi pihak Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada PETRONAS, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan serta masyarakat tempatan kita yang terus menyokong kami dalam merealisasikan misi and matlamat kami.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, ,